Wednesday, November 2, 2011

DIA YANG BERNAMA KASIHALURPODA

,                                                      
Nama diberi KASIH,
dilengkapi panggilan ALUR dan PODA.   
teguh berdiri laksana samudra,
dihiasi lagu penyuntik di jiwa.

Bismillah irahman irahim......
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Haaaaa,entri untuk kedua kalinya ini saya akan mengupas dengan lebih lanjut tentang
Dia yang bernama kasihalurpoda..belog sape leteewwwww~hikhikhik


Perkataan KASIH sebenarnya wujud hasil daripada ilham sayer sendiri. Secara terperincinya tujuan sebenar adalah untuk mengimbau kisah-kisah lampau dan kenangan yang menguris di jiwa. Dalam erti lainnya, elemen perasaan rindu, cinta, dan sayang kepada yang sepatutnya melengkapi kata nama KASIH ini. Nama belog ini juga diberi berdasarkan kesesuaian objektif penubuhannya iaitu sebagai lokasi luahan hati, perkongsian ilmu dan perkongsian pengalaman, maka terhasillah perkataan KASIH sebagai nama permulaan blog sayer sebelum ia digabungkan dengan perkataan kedua iaitu ALURPODA.

Perkataan ALURPODA pula diambil bersempena dengan nama saintifik bagi haiwan chumel yang bernama PANDA. Sebenarnya, nama saintifik haiwan chumel ini ialah AILUROPODA. Pendek ceritanya,untuk menyenangkan sebutan agar korang tidak terkelu lidah dan tidak berbelit-belit ketika  menyebutnya.Jadi, saya ubahsuaikan AILUROPODA menjadi ALURPODA...(tak jauh sangatkan bunyinya..hikhikhik).Maka dengan ini mengisytiharkan bahawa penetapan nama kepada belog ini adalah Kasihalurpoda.blogspot.com dan secara rasminya pemilik kekal empunya belog ini jatuh kepada Cik ziezie.

Saksi..sah?sah?..
SAAAAAAHHHH...hiuhiuhiuuuuu..