Monday, July 23, 2012

KELANTANESE MARI..



Sapo shero nok blaja kecek kelate bolehlah singgoh kat blog ni meta..
tok pehe takpow,kawe boleh bui pehe..

(TERJEMAHAN)
Sesiapa yang nak belajar cakap kelantan,bolehlar singgah sebentar di blog ini..
saya boleh ajar kalau tak paham..


Jika dilihat dari sudut sejarah dan geografi (Baso Melayu Kelate) merupakan longat Melayu yang dipertuturkan oleh di Negara Bahagian Kelantan, Malaysia. Dialek ini juga dipertuturkan di sebahagian Terengganu (di Pulau Perhentian dan Besut) serta sebahagian Kedah seperti di Baling, Sik serta Padang Terap.Bahasa melayu kelantan adalah bahasa melayu ketiga yang sukar difahami selepas bahasa melayu sabah dan sarawak.


*Antara contoh perkataan yang terdapat dalam loghat kelantan=kamus kelate

Gelenyar,Gletah - mengenyam, miang
Supik Gelenyar / supik rhokrhak - plastik nipis (yg mengeluarkan bunyi bising)
sombong / bongkak = agah
menipu / berbohong = belawok
laju / kencang = deghah
tetapi = keknya
beritahu = ghoyak
larat = chekak
letih / tak larat = tok chekak
mau = sey
tak mau = tok sey 
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh (jotos)
njja = tendang
Bekwoh = kenduri  
Tohok = buang
klikpah-klikpah = terpinga-pinga
belengas = melekit

*Loghat kelantan juga mempunyai "Bunga-bunga bahasa" yang dianggap unik.Contohnya kalau di sabah perkataan BAH digunakan untuk keperluan sesetengah ayat..kalau di kelantan pula inilah antara bunga-bunga bahasa yang sering digunapakai.. 

HOK ALOH= alamak
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH = memohon restu atau persetujuan. ..
GAK/PAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
HO (dengan Dengung) = "yalah.." atau "yes" 
DOK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"
LAMOKE = nanti kan
LAGUTU= macam tu 

*Kebanyakkan orang kelantan suka menambah-nambah perkataan sendiri.
Maksudnya sesuatu perkataan itu dijadikan sebagai kata penguat.Contohnya:

Hite llege = Sangat hitam
Biru kketu  = Sangat biru
Kuning nnehe = Sangat kuning
Kenye bbonyah = Sangat kenyang
Come llote =  Sangat cantik

Manis lleting =  Sangat manis
Mase ppughik = Sangat masam 
Masing ppeghak = Sangat masin
Tawa eber = Sangat tawar
putih ssueh/ssembo = Sangat putih

Pahit llepe  = Sangat pahit
Gemuk ddebok  = Sangat gemuk
Busuk bbanga = Sangat busuk
Hapok kohong = Sangat hapak
Nnakut apah = Penakut sangat
Ceghoh jeghiloh / bbole = Sangat terang/cerah
Jatuh celabok = Jatuh sangat teruk
Kuca hanya  = Sangat bercelaru

*Jika bagi masyarakat Melayu Sarawak, penggunaan kata penguatnya agak mudah dikesan dan biasanya tidak pelbagai. Dalam masyarakat Melayu Sarawak, penggunaan kata ‘gilak’ sebenarnya berfungsi sebagai pembawa darjah penghabisan atau maksud penguat. Lihat contoh di bawah:-
kacak gilak  =  cantik sangat / sangat baik paras rupa
jahit gilak  = sangat jahat / sangat buruk
manis gilak  = amat manis
baik gilak  = sangat baik
besar gilak  = sangat besar



*Ini pula penggunaan perkataan 

(kelantan + Inglish) =KELANTENGLISH..kehh3..

DREBA = driver
KONAR = corner
NNEJA = manager
RIZAT = result
SUWIH = switch




Nampoknyo stakat tu lar dulu hok boleh ambo kongsi...buke gapo nok bui pengisie lar mugo pengetahue demo bertamboh..
.....SEKADAR PENGISIAN UNTUK MENAMBAH PENGETAHUAN...


Wednesday, July 11, 2012

Batik Asli Kelantan

 Assalamualaikum....

Untuk entri kali ni cheq nak kenalkan BATIK kat korang. Batik ni adalah yang ASLI dari Kelantan 
dan memandangkan auntie cheq terlibat dalam perniagaan Batik ni, cheq pon tumpang juga le mengedik sekaki dua dalam perniagaan ni..haha. Jadi, kat bawah ni ada pelbagai koleksi BATIK ASLI dari Kelantan.Kepada peminat tegar dunia peragaan BATIK .Korang bolehlah tengok kt bawah ni:

               http://www.facebook.com/pages/Nurul-Batik-Kelantan/161597987244247

     
      

kalau rasa nak beli borong..bolehlah pilih yang ini


*Ini adalah sebahagian kecil koleksi BATIK.Kalau berminat bolehlah pm dengan pengedar
& beli ikut kemampuan.Harganya boleh dirunding..

NURUL BATIK/ NURUL BATIK KELANTAN
NO.TEL : 0107104074
KAMI DI NURUL BATIK ADA JUGA TURUT MENYEDIA TEMPAHAN KHAS UNTUK BATIK TEMA ATAU BAJU SERAGAM OLEH BADAN KERAJAAN ATAUPUN SYARIKAT KORPERAT

Friday, July 6, 2012

ISTIKHARAH KEPADA ALLAH,MUSYAWARAH DENGAN MANUSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Setelah menelaah buku berkaitan istikharah ini, alhamdulillah sedikit sebanyak saya memahaminya.
Kepada semua pembaca sama ada tersengaja atau tidak tersengaja tersinggah di blog ini, diharapkan perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat berguna.

Baiklah, Jika ada perkara yang ingin diadukan dan diminta pandangan...maka, carilah ALLAH S.W.T
BERISTIKHARAHLAH kepada ALLAH S.W.T..BERTAUBATLAH untuk memohon keampunan daripada ALLAH S.W.T atas dosa dan kesalahan yang dilakukan..SESUNGGUHNYA ALLAH itu 
maha pengampun lagi maha mengasihi..Bukan itu sahaja, hasil daripada istikharahlah kita akan berasa 
lebih bahagia, KERANA:
  1. sebelum istikharah~kita berserah diri kepada Allah S.W.T
  2. semasa istikharah~jiwa berasa tenang
  3. selepas istikharah~redha dengan ketentuan Allah S.W.T
ISTIKHARAH pula mestilah dengan cara yang betul, iaitu:

  • Mengakui kesalahan dan bertaubat
  • bersih dalam pilihan
  • mimpi,gerak hati dan pandangan
  • mengulangi istikharah

MUSYAWARRAH dengan manusia bererti meminta pandangan dan nasihat para ulama dan orang 
soleh berkenaan perkara yang ingin diminta.Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
"Apabila seseorang daripada kalian berhasrat pada sesuatu,tunaikanlah dua rakaat yang 
bukan fardu"(Riwayat al-Bhukari)