Tuesday, May 7, 2013

Gelak-gelak itu mampu menghilangkan stress..

Assalamualaikum..

Stress? Pernah korang alaminya? tentu pernah betul tak?
tidak dinafikan semua orang akan mengalami stress sama ada secara langsung atau tidak langsung bergantung kepada bagaimana keadaan atau situasi itu menyebabkan seseorang menjadi stress..


Gelak tawa merupakan ubat panadol terbaik yang mampu dilakukan untuk menangani masalah stress. Maka dengan itu, cara sampingan yang seringkali haqu gunakan untuk menghilangkan rasa tertekan ini adalah dengan tengok movie atau rancangan yang boleh merangsang tingkah laku ku bergelak ketawa melalui suara..bhahahahaha. 


Mujur ada lelaki berlari atau istilah lainnya"Running Man". Rancangan inilah yang acap kali menjadi belangkas haqu. Menurut kajian, dengan ketawa juga seseorang itu mampu untuk kelihatan awet muda kerana dengan tertawa hati kita akan senang dan rasa tekanan itu akan hilang dengan seketika. Tetapi harus diingat ini hanyalah cara sampingan semata-mata dan yang paling terbaik daripada kalangan yang baik adalah dengan membaca Quran bagi umat yang beragama islam..=)

Gambar ini dipinjam dari encik .google

p/s ceriakan hidupmu dengan seribu senyuman=) 


Thursday, May 2, 2013

APAKAH PERSONALITI DIRI ANDA???


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..jari jemari ini terasa rajin menonjolkan bakatnya menari-nari di sebalik huruf  yang terdapat di keyboard ini. Sudahkah korang mendongak kepala melihat persoalan di atas? isu yang hendak dibicarakan hari ini sebenarnya adalah berkaitan dengan personaliti diri. (mentang-mentang aku ambil subjek PKK sem ini. haha) Untuk memudahkan kefahaman anda haqu akan salin  dan tampal semula persoalan ini. APAKAH PERSONALITI DIRI ANDA???.

Tidak dinafikan, mungkin ada di antara korang yang tertanya-tanya tentang jenis personaliti yang dimiliki. Untuk makluman korang, sebenarnya personaliti ini dapat dikategorikan kepada 3 jenis iaitu personaliti jenis EKSTROVEIT, personaliti jenis INTROVET dan personaliti jenis AMBIVET (Carl Jung 1923).Bagi mengenali jenis personaliti diri korang, mari kita meneliti fakta yang terdapat di bawah ini:


AKU INDIVIDU EKSTROVEIT
  1. Aku suka kepada pergaulan dan suka bercampur dengan orang lain.
  2. Aku suka kepada kebebasan (merdeka....merdeka..merdeka..!!)
  3. Ciri-ciri lain personalitiku ialah peramah, tidak mudah risau, sangat aktif, suka bersosial, mesra, gemarkan aktiviti luar dan aku seorang yang suka bergembira (happy humanimisme).
  4. Aku juga seorang yang cepat marah, tetapi jangan khuatir kemarahan ini tidak disimpan lama (inilah salah satunya kelebihan yang ada pada diriku).
AKU INDIVIDU INTROVET
  1. Aku kurang suka kepada pergaulan dan lebih mengambil berat tentang diri sendiri.
  2. Aku seorang yang pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, dan seorang yang cermat.
  3. Aku juga seorang yang sentiasa bersedia menanggung risiko dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerja.. (ini kelebihanku yang bergelar individu introvet..ko hada?)
  4. Aku tidak mudah marah tetapi jika aku marah perasaan itu akan berpanjangan (awas!!)
AKU INDIVIDU AMBIVET
  1. Aku memiliki kedua-dua personaliti yang ada pada Sang EKSTROVEIT dan Sang INTROVET
  2. Dan personalitiku juga adalah 50:50 seperti aktif, sensitif, optimistik dan dalam masa yang sama suka berseorangan.Inilah antara ciri-ciri personalitiku.

Moral of the story : Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza-beza.Semoga anda dapat mengesan    
           dan mengenali personaliti yang ada pada diri..terima kasih atas bacaannya=)