Saturday, February 15, 2014

Ada apa pada aksara "S"

Assalamualaikum w.b.t

Siapa yang terer sastera mesti tahu maksud aksara tu apa. Haa semua! cer teka ! hikhik. Pendek ceritanya aksara tu sebenarnya merujuk kepada huruf atau abjad. Kita bersastera sikit malam nih. Toinkkk!

Setiap ibu bapa pasti akan beri nama yang cantik-cantik dan comel-comel dekat anaknya DAN nama yang ibu bapa beri ni pasti ada kelebihan dan maknanya yang tersendiri. Kadang tu ibu bapa siap buat list lagi sampai penuh nama dalam satu kertas tu semata-mata nak pastikan nama yang dipilih untuk anaknya itu paling terbaik, sedap didengar dan cantik maknanya. 

Berbalik kepada huruf  S tadi, pamili aku ni telah dikategorikan oleh jiran tertangga sebagai pamili berkepala "s". Macam mana lah agaknya tu ?? ahaha! Gelaran ini dikasi sebab setiap permulaan nama pamili kami bermula dengan huruf  "s". Sempat jugak jiran tertangga aku ni buat analisis nama. Bagus! Nampak jiran yang prihatin di situ. ahah! Dari abah, emak sampailah sulung ke bongsu semuanya berkepala "s". Patutlah asal bunyi ssss terus diam asal bunyi ssss terus diam..ahah! S untuk semualah !!

Pamili berkepala "S"

Encik Abah : 
Salman Abdullah

Puan Emak : 
Salahah Mohamad

Anak-anaknya :
Shaera Salman
Shazila Salman
Shahrul Nizam Salman
Shahiran Azlan Salman
Shafiq Azizi Salman

# setiap nama yang ibu bapa beri pasti ada makna, kelebihan dan keunikannya tersendiri #

Thanks sudi baca entri kali ni
Senyum untuk semua ^_______^


                       

Monday, February 10, 2014

Tulisan menggambarkan siapa orang itu.

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kehidupan kita Allah S.W.T telah kurniakan dua belah tangan yang ditemani erat oleh jari jemari. Nikmat kurniaan ini membolehkan kita menulis dan terus menulis. Berbeza dengan orang kurang upaya yang hanya mampu menulis menggunakan kaki bagi mengantikan tangan.Berfikir sejenak! setiap orang itu  berbeza tulisan tangannya. Ada yang kecil comel, bulat leper, kurus tegak, condong kiri, ada jugak yang condong kanan dan bermacam macam jenis lagi lah. Kajian yang dilakukan oleh Dato Fadzilah Kamsah ini ada tepatnya jugak. Sebab bila tengok bentuk tulisan aku yang kurus, panjang dan tegak. Nampak ada persamaan seperti yang dicirikan. ahaaa!

Mari kita check bentuk tulisan kita..hehe!

i. Tulisan yang bulat-bulat
Orang ni tulisan dia semua bentuk bulat-bulat dan comel-comel. Seorang yang emosional prihatin, penyayang, kepekaan tinggi.

ii.Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Orang yang tulisan jenis ini pula  bersikap rasional, bekerja dengan sistematik, dan pandai mengurus. Bagusnya!

iii. Condong ke kanan
Dikatakan mempunyai sifat-sifat yang ada pada Individu Extrovert iaitu suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, dan pemurah.

iv. Condong ke kiri
Dikatakan mempunyai sifat-sifat yang ada pada Individu Introvert iaitu suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

v. Tegak
Orang jenis tulisan tegak ni seorang yang sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, dan suka ambil jalan tengah. 

vi. Campur-campur dan tulisan yang berubah-ubah.
Orang ni kadang tulis condong kanan, kadang condong kiri, kadang besar kadang kecil. Sikapnya sebegini menggambarkan emosi tak tetap dan sukar diramal.

vii. Kurus
Bagi  orang yang bentuk tulisan kurus dan langsing orang ni akan melakukan perkara yang digemarinya sahaja.



 Kurus, panjang, dan tegak sebahagian dari hidupku


Pujangga mengatakan " Tulisan merupakan cerminan peribadi " 
dan kadangnya mampu mengambarkan personaliti seseorang. 

Perkongsian#Tulisan# Cerminan#Peribadi#

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini ^___^

Sunday, February 9, 2014

Segmen : Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah

Assalamualaikum w.b.t

Sedang asyik kemaskini blog. Ternampak segmen ni. Menarik!! Mula tu nampak macam agak terlambat tapi bila tengok balik tarikh tamat tempoh segmen ini diteruskan sehingga  28 Februari 2014, peluang untuk join masih terbuka luas. hikhik. Terima kasih Encik Admin kerana teruskan segmen ni! Semarakkan Ukhuwah Eratkan Persaudaraan. Saya dah join. Hikhik.



Jom klik link ni dan join ramai-ramai ^__^