Wednesday, November 11, 2015

Kejar dan Kena kejar.

Assalamualaikum semua :)

Si tukang kejar itu anjing. Si kena kejar itu kau. Berlaku larian pecut tak berdaftar kat situ. Terus terselah bakat tersembunyi yang ada pada diri. "Laju rupanya dia ni lari". hiks! Pernah ada pengalaman macam ni? Apa yang korang buat? 

Lariiiii...ini tindakan refleks bila aku dapat situasi begini. Padahal anjing tu belum lagi kejar tapi aku dah lari pecut. Aktif betul hormon Adrenalin ku  ini. Kena kejar dengan basikal laju je aku kayuh basikal tu. Apatah lagi bila kena kejar tanpa basikal. Boleh banyangkan tak? Lari pecut tak ingat dunia la jawabnya! Kalau ada Hussein Bolt kat situ rasanya Hussein Bolt pon kalah tu. Kahkah! Mesti dia gelak sebab aku lari tanpa hala tuju kan. Dan pada waktu tu kau pulak tak kisah lari lintang pukang macam mana janji dapat selamatkan diri. Hahaha! 

Sebenarnya ada beberapa tips bila kita kena kejar anjing. Kalau boleh bila nampak anjing tu jangan tengok dia semacam. Macam nak cari pasal. Nanti dia juga akan tengok semacam dan cari pasal. Bila nampak anjing tunjukkan muka yang tenang. Buat dek dan selamba je dekat dia macam dia tak wujud kat situ. Dan yang paling utama jangan lari bila nampak dia. Ngehngeh! padahal aku nampak pon aku lari. Lepas tu anjing tu dapat hidu hormon ADRENALIN ni lagi lah dia teransang untuk terus serang. Sobsob.

Pesanan buat diri :
Lepas ni bila ada anjing dan dia macam nak ajak kejar  mengejar aku akan berusaha untuk tidak memenuhi impian anjing tu dan akan cuba untuk tidak berlari pecut tak berdaftar. Harap berkesan. Amin! 

Monday, November 9, 2015

Vanila Coklat Strawberi

Assalamualaikum. Esok depavali. Selamat Hari Depavali kepada kawan-kawan india :)

Vanila. Coklat. Strawberi

Tajuk cerita vanila coklat kah? Yang dilakonkan oleh Izara Aishah dan Aiman Hakim;
Tiga jenis perisa aiskrim kah? Yang ada kon dan kau pilih jenis perisa aiskrimnya,
Tiga jenis perisa minuman kah? Yang kau buntu nak beli perisa yang mana ? ATAU
Tiga jenis perisa inti waffle kah? Yang kau campur semua sekali nak bagi sedap.

Sama sekali bukan..

Yang difokuskan di sini adalah tentang sebuah pilihan.Ya sebuah pilihan.Yang mana kau harus pilih salah satu daripada beberapa pilihan yang kau ada. Pada waktu itu kau akan rasa terlalu buntu, kusut dan binggung sebab tak tahu nak pilih yang mana paling tepat supaya kau tidak tersilap langkah, jejak dan tapak. Pilihan ini sama ada dari aspek pendidikan, kejayaan, atau rumahtangga sekalipun semua itu perlukan fikiran matang dan perlu berfikir jauh kehadapan supaya kau berjaya mencapai hala tuju yang kau impikan dalam kehidupan. Bagi umat islam itulah antara sebab kita disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah supaya kita mendapatkan petunjuk dari ALLAH, terutama bila ada keraguan dalam memutuskan mana yang terbaik antara beberapa perkara yang diragukan. Solat sunat istikharah ini kita boleh kerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktu siang atau malam dan kalau boleh waktu malam sebelum kita tidur. Kita akan digerakkan hati kita dan diberi petunjuk oleh Allah SWT dalam membuat sesuatu keputusan hidup. In Syaa Allah...

-Vanila Coklat Strawberi

Sunday, November 8, 2015

Close Friend

Assalamualaikum w.b.t

Nurul Afifah Binti Mohd Khairman. From Hutan Melintang, Perak. Dilahirkan pada 19 Januari 1993 dan sekarang dah 22 tahun. Anak ke-4 daripada 10 beradik. Done intro about her! Ngehngeh. 

She is my close friend dekat IPG ni and i'm very happy with her.  Dia study kos TESL dan aku kos Bahasa Melayu. Walaupun kami tak sama kos tapi kami sangat rapat. Surau Pusat Islam Al-Hidayah merupakan tempat pertama kami kenal. Bila ingat balik waktu first time jumpa pada tarikh 20 Jun 2011 yang lalu. Waktu tu orientasi untuk kami budak2 baru yang masuk kat IPG ni.  Aku duk sebelah dia time nak tunggu solat isyak kat surau. Dia tegur aku dulu sebab dia nampak macam aku tengah bersedih. Yang tak tahan nya cakap sepatah je last-last dia nangis aku nangis. Tak malu nangis..uuu. Nangis sama-sama pulak tu. Adeih! nampak tak ade kimia di situ. Padahal tak kenal pon. Mungkin itu petanda dia boleh dijadikan sahabat susah senang bersama.

Foodhunters, singging, karaoke, blogging, travelling, masaking, buang tebiatking dan bermacam-macam -ing lagi. Yang aku suka buat dia juga suka. Angka kelahiran pon sama. Masing-masing ber angka 19. Bulan ja yang membezakan. Dia 19 Januari aku 19 November. Jangan tersama bakal suami sudah. Hahahaha! Gelak buang tebiat. Aku gelarkan dia "Bunda". Dia panggil aku "anakanda". Klasik sangat. Eeeeuu! Alhamdulillah from June 2011 until now November 2015, we still stay as close friend. Sayang bunda kemah keming! 

Bundaku dan Plastik Watsons tak dapat dipisahkan. Janggan marah. Hee!

Aku petik balik anggapanku :
 "Mungkin itu petanda dia boleh dijadikan sahabat susah senang bersama". 
That's true. Alhamdullilah dia telah jadi mak kedua aku waktu aku susah. Muah bundaku!

Thursday, November 5, 2015

Jangan nakal sayang

Assalamualaikum :)

Jangan muntah hijau dengan tajuk entri yang itu ya. Kalau nak muntah jangan lupa sediakan besen yang besau tak pun baldi. Hihi! Bosan bergolek-golek berguling-guling tengok dinding, dinding lak dah jemu duk tengok muka ni. Sebabtu la ghupe tajuk macam tu. Hikhok..gelak kuda! Meow..senggih kucing! Walau bagaimanapun jiwaku tetap ke arah sweet sebab banyak semut duk hurung. Tapi jangan risau sweet dan terlebih manis sekalipun tetap jauh dari terkena penyakit diabetes meletus tu. Ngehngeh. Apa yang dimerapukan ini pedulikan. Ketara nampak bosan. Moh kita berkaraoke sebagai ubat bosan untuk seketika waktu. 



You're my flashlight. 

Wednesday, November 4, 2015

Tips bagi mereka yang rabun

Assalamualaikum..

Sejuk. Suasana yang nyaman. Jerebu takdop. Jelas pandangan. Hihi...Alhamdulillah.
Bermata empat. Gelaran ini sinonim dengan orang yang berkaca mata. Kan kan? Kalo kome nak tahu. Mike ni sebenarnya bermata empat juga. Tapi  tu lah..bila rasa nak pakai je baru la gatai nak keluarkan spek dan pakai. Huk Aloh! padahal ada masalah rabun jauh ni. Power tinggi pulak tu =(  tetap bersyukur sebab tidak mempunyai masalah yang berat dalam kategori silau. Alhamdulillah.

Masalah rabun ni kita boleh rawat dan kita boleh cegah jika kita sayangkan mata kita. Akan saya kongsikan tips tersebut. =D

  1. Kalau boleh banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D. Macam makan betik ke, lobak ke, mangga ke (mangga sedap =P).
  2. Kena rajin buat senaman mata. Urut mata ikut urutan mata di kening, tengah kening, antara dua kening, hujung mata dan bawah mata. Belai mata tu lembut-lembut, supaya dia cair dengan kita. Rabun pun akan kurang. Tak gitu? Hikhok.
  3. Suka makan sayur sawi tak? Kalau suka rebus sayur sawi tu dengan dua gelas air sampai mendidih. Sejukkan, lepas tu minum. Amalkan 3 kali seminggu sekurang kurangnya. In shaa Allah dengan izin Allah rabun kurang. 
  4. Yang paling penting sejukkan pandangan mata dengan melihat kehijauan alam yang Allah sediakan ini. 

Ada juga kaedah merawat mata mengikut Kaedah Rawatan Ustaz Sharhan Shafie iaitu : Merawat sakit mata dan rabun mata cara islam dengan " baby carrot". Rujuk gambar di bawah:



(@__@)


Serba sedikit ikhtiar dan tips untuk mereka yang bermata empat seperti saya. Semoga bermanfaat.