Wednesday, August 31, 2016
People Change
Manusia Berubah
Tidak pada kau, pasti akan ada pada mereka
Saat itu tiba, yang tinggal hanya memori sahaja
Untuk dikenang pada suatu masa
Walau nanti sudah tidak bersua muka
Tidak ada lagi rasa untuk dikongsi bersama
Tiada puisi mahupun lagu cinta
Hanya sebuah pesanan ringkas ingin dikata
Terima kasih kerana pernah ada
Maf@iammaf_
#retweeted
Tuesday, August 30, 2016
Gunung Bujang Melaka
Selamat hari Merdeka semua.
Syukur negara kita masih aman.
Alhamdulillah
"Awak dan berjaya tawan gunung.
hati saya bila awak nak tawan?"
Entahlah bila saya nak tawan hati awak tu..
Eh! Abaikan statement hak tu. Kihkih!
Hujung minggu baru-baru ni,
Aku berjaya tawan puncak Gunung Bujang Melaka.
Gunung ni letaknya di Kampar, Perak.
Berketinggian 1233 Meter bersamaan dengan 4048 kaki.
Perghh! Macam tak percaya dapat tawan hati gunung yang masih bujang tu. Ngehngeh.
Aku hiking di gunung ni 2 hari 1 malam.
Bermalam di checkpoint kem lebah sebelum puncak.
Sejuknya takyah cakap sebab aku tido berselimutkan selendang je.
Gara-gara tak bawa sleeping bag. siapa suruh kan. Haha!
Seronok sepanjang panjat gunung tu.
Segala bapak nenek atok pacat aku jumpa. Besar besar pula tu.
Dan yang paling tak boleh lupa haiwan yang membuatkan kalenjar adrenaline aku berfungsi aktif turut sama dibawa berhiking. Oh tidak anjing!!. Pendaki Chinese yang dari KL bawa dia. Memang reaksi aku lain macam la waktu tu. Siapa tahu diam aaa.. Malu kokram. haha!
![]() |
Taklimat oleh Abg Din juru daki kami selpi dulu sebelum naik gunung. Checkpoint pertama mula mendaki |
![]() |
Sampai ke checkpoint 2 rumah orang asli. Rehat sikijap. Time ni aku makan choki choki..Hiks! |
![]() |
Rehat 10 min di checkpoint 3 Kem Pacat Checkpoint 4 Waterpoint. Aku tidak dapat dikesan dalam gambar masa ni sebab sedang gigih pergi tadah air dalam botol. ngehngeh |
![]() |
Spa aiyaq terjun. Nikmatnya, |
Banyak lagi sebenarnya peristiwa lucu ni kalo nak habaq.
Apa-apa pun peristiwa tu akan disimpan kemah keming untuk kenangan-kenangan.
Pengalaman kan. Hikhik.
Saturday, August 6, 2016
The End Of Intern
Assalamuaikum..
Aku merinduimu en. blog.
Lama betul tak berblogging.
Kesian en. blog kusam dan lesu.
Mai sini nak makeup en.blog sampai hensem..
(Jomblo Happy memang pilihan hati
biarku bisa bebas terbang ke sana sini) ...Jomblo Happy..
Oppss! lagu Gamma ni. sedang diputar mainkan.
Eh, macam kena pula dengan perasaan aku malam ni.
Perasaan happy dia lain macam bila kau dah "The End Of Intern".
I mean internship. Penat mental lelah fizikal.
Ni baru permulaan. Realiti nanti kena tambah "Jiwa kena kental". Hati mau Kuad!
![]() |
Habis intern. Balik IPG back to basic... |
Dah balik ipg ni. Maka, rutin harianku bermulalah seperti biasa "as a student" kais pagi makan pagi kais petang makan petang kais malam minta meggi sama kawan. Haha!
Subscribe to:
Posts (Atom)