Wednesday, November 4, 2015

Tips bagi mereka yang rabun

Assalamualaikum..

Sejuk. Suasana yang nyaman. Jerebu takdop. Jelas pandangan. Hihi...Alhamdulillah.
Bermata empat. Gelaran ini sinonim dengan orang yang berkaca mata. Kan kan? Kalo kome nak tahu. Mike ni sebenarnya bermata empat juga. Tapi  tu lah..bila rasa nak pakai je baru la gatai nak keluarkan spek dan pakai. Huk Aloh! padahal ada masalah rabun jauh ni. Power tinggi pulak tu =(  tetap bersyukur sebab tidak mempunyai masalah yang berat dalam kategori silau. Alhamdulillah.

Masalah rabun ni kita boleh rawat dan kita boleh cegah jika kita sayangkan mata kita. Akan saya kongsikan tips tersebut. =D

  1. Kalau boleh banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D. Macam makan betik ke, lobak ke, mangga ke (mangga sedap =P).
  2. Kena rajin buat senaman mata. Urut mata ikut urutan mata di kening, tengah kening, antara dua kening, hujung mata dan bawah mata. Belai mata tu lembut-lembut, supaya dia cair dengan kita. Rabun pun akan kurang. Tak gitu? Hikhok.
  3. Suka makan sayur sawi tak? Kalau suka rebus sayur sawi tu dengan dua gelas air sampai mendidih. Sejukkan, lepas tu minum. Amalkan 3 kali seminggu sekurang kurangnya. In shaa Allah dengan izin Allah rabun kurang. 
  4. Yang paling penting sejukkan pandangan mata dengan melihat kehijauan alam yang Allah sediakan ini. 

Ada juga kaedah merawat mata mengikut Kaedah Rawatan Ustaz Sharhan Shafie iaitu : Merawat sakit mata dan rabun mata cara islam dengan " baby carrot". Rujuk gambar di bawah:



(@__@)


Serba sedikit ikhtiar dan tips untuk mereka yang bermata empat seperti saya. Semoga bermanfaat.

Friday, October 30, 2015

Jauh


Jauh.

Aku yang di sini.
Kau yang di sana.

Hati gerimis
Kebasahan.

Sisikan,
Raga yang terpisah jauh.
Takkan pernah rapuh.
Jika hati saling utuh.

-MIBS

Study Week


Assalamualaikum ..



Lama pula study week kali ni. Bila dihitung hampir sebulan jugaklah. Sampai tak ketahuan mau bikin apa. Boleh dikatakan bangun makan tidur bangun makan tidur, menternak lemak kat diri kah itu. Hiks! Study? setadi kelaut dulu lah sebelum setadi yang benaran. Bila tiba masa yang sesuai baru kita dating ya buku. Harap buku bersabar sebab bila kita dah dating takkan berlaku curang disitu =P 

Apapun masih jauh lagi perjalanan. May Allah ease everything. Good Luck kepada yang sedang dan yang bakal menduduki SPM, Final Exam dan sewaktu dengannya :)

Thursday, October 22, 2015

Tabungan

Assalamualaikum :)

Sikit-sikit lama lama jadi bukit. Sinonim dengan peribahasa ini maka entri yang hendak dikongsikan pada hari ini adalah berkaitan dengan tabungan wang $$$.  Menabung bermaksud menyimpan duit sama ada menabung di dalam bank atau menabung secara tradisional.Nak fokus pada yang tradisional. Menabung cara tradisional ini kita simpan, simpan dan simpan sehinggalah isi tabungan itu penuh dan suatu saat akan tiba masa  untuk kita pecahkannya. Bila tiba waktu nak pecahkan tabungan yang dah penuh tu,maka ketidaksabaran akan jelas terpancar di wajah-wajah penabung sekalian. Lepas pecahkan tabung, kita kira. Inilah cara tradisional, siapa yang masih amalkan? Hee..

Tak susah untuk pupuk amalan menabung ni. Janji dalam diri ada rasa "nak menabung" dan "disiplin diri". Contohnya dah set kat minda dalam seminggu tu ada 3 hari nak masukkan duit dalam tabung atau bila ada duit syiling yang lebih nak masukkan dalam tabung atau nak masuk rm1 setiap hari dalam tabung. ini semua terserah pada individu masing-masing. Perlu diingat, kita tak tahu bila akan berlaku perkara yang diluar jangkaan kita dan duit-duit inilah yang boleh bantu kita jika benar-benar terdesak dan dia yang paling hampir dengan mata kita. Menabung tak semestinya perlukan bekas atau tabung yang mahal-mahal. Cukup sekadar tabung yang boleh kita gunakan untuk mengisi dan memasukkan duit ke dalamnya. Contoh guna bekas atau barang  atau botol yang anda rasa boleh diubahsuai dan digunapakai semula. Lepas tu hias cantik-cantik dengan bahan sedia ada. Mudahkan? Hihihi..

Asalnya bekas keropok udang.  Dijadikan tabung duit kertas. =P
Untuk duit syiling. Bau  bedak gohsons syiling tu nanti. Hiks
Selamat menabung. Teruskan amalan ini kelak akan membawa manfaat buat kita ^____^


Tuesday, October 20, 2015

Ada apa pada warna ungu dan coklat.

Assalamualaikum semua :)

Setiap individu pasti mempunyai rasa suka terhadap warna kegemaran masing-masing. Ada yang suka kaler hijau, biru, hitam, merah, oren, putih, grey, pink dan macam-macam jenis kaler lagi. Bukan itu sahaja warna-warna yang disukai inilah yang akan memberikan ketenangan dan kepuasan kepada tuannya. Sebab warna-warna ni kadangnya akan mempengaruhi mood dan mengambarkan personaliti seseorang itu. Betul tak?

Aku pula amat gemar dengan warna ungu dan coklat. Siapa yang suka dengan warna ini kita adalah genk. Hee! Tak tahu lah macam mana boleh suka kaler tu. Yang utamanya bila mata ni dah terpandang ke arah kaler itu akan rasa macam "wah....purple! koko!". Jadi eksaited tiba-tiba. Hiks! Bila waktu nak beli barang pula kaler-kaler ni lah yang akan jadi ranking paling atas. Maka dengan itu, tidak hairanlah barang-barang banyak berunsurkan warna purple dan coklat. Purple is kieyut. Coklat soo cumil.

sebahagian hak milik aksesori yang berkaler ungu =P

terima kasih en.google bagi izin guna gambar ni

gambar ihsan dari en.google semata-mata

p/s : Abaikan design rumah yang cantik itu. Tumpukan pada kaler sahaja. Heee!


Sunday, October 18, 2015

Erti sebuah persahabatan

Assalamualaikum

True Friends Hard To Find. Benar.. sangat sukar dicari. Kadang aku merasakan bila ada keperluan barulah si kawan itu datang mencari aku. Sedih tatkala memikirkan kenapa dia bersikap seperti itu. Mudahnya dia berubah bila dia dah senang.

Tatkala aku senang dia pergi kepadaku dan bila aku susah saat itu kemana perginya dia? Ya..memang dia pergi dan memang dia ada, dan adanya dia itu adalah pada waktu dia ada keperluan denganku. Seolah-olah aku diguna untuk memenuhi keperluannya sahaja. Aku tahu aku ni jenis yang "takpe belaka". Orang buat itu dan ini aku tetap jenis yang "takpe belaka". Adakah sikap aku yang jenis "takpe belaka" itu menjadi peluru untuk dia mengisi senjatanya sehingga bersikap begitu? Andai benar, betullah apa yang dikatakan dengan True Friends Hard To Find. Apapun aku masih tetap bersyukur kerana masih ada sahabat-sahabat yang mengenal erti susah dan senang bersama. 

"Cari kawan biar macam cermin, kita gembira dia pun gembira, kita sedih dia pon sedih". 
"Jangan cari macam duit syiling depan lain belakang lain"..