Friday, October 30, 2015
Jauh
Jauh.
Aku yang di sini.
Kau yang di sana.
Hati gerimis
Kebasahan.
Sisikan,
Raga yang terpisah jauh.
Takkan pernah rapuh.
Jika hati saling utuh.
-MIBS
Study Week
Assalamualaikum ..
Lama pula study week kali ni. Bila dihitung hampir sebulan jugaklah. Sampai tak ketahuan mau bikin apa. Boleh dikatakan bangun makan tidur bangun makan tidur, menternak lemak kat diri kah itu. Hiks! Study? setadi kelaut dulu lah sebelum setadi yang benaran. Bila tiba masa yang sesuai baru kita dating ya buku. Harap buku bersabar sebab bila kita dah dating takkan berlaku curang disitu =P
Apapun masih jauh lagi perjalanan. May Allah ease everything. Good Luck kepada yang sedang dan yang bakal menduduki SPM, Final Exam dan sewaktu dengannya :)
Friday, October 23, 2015
Thursday, October 22, 2015
Tabungan
Assalamualaikum :)
Sikit-sikit lama lama jadi bukit. Sinonim dengan peribahasa ini maka entri yang hendak dikongsikan pada hari ini adalah berkaitan dengan tabungan wang $$$. Menabung bermaksud menyimpan duit sama ada menabung di dalam bank atau menabung secara tradisional.Nak fokus pada yang tradisional. Menabung cara tradisional ini kita simpan, simpan dan simpan sehinggalah isi tabungan itu penuh dan suatu saat akan tiba masa untuk kita pecahkannya. Bila tiba waktu nak pecahkan tabungan yang dah penuh tu,maka ketidaksabaran akan jelas terpancar di wajah-wajah penabung sekalian. Lepas pecahkan tabung, kita kira. Inilah cara tradisional, siapa yang masih amalkan? Hee..
Tak susah untuk pupuk amalan menabung ni. Janji dalam diri ada rasa "nak menabung" dan "disiplin diri". Contohnya dah set kat minda dalam seminggu tu ada 3 hari nak masukkan duit dalam tabung atau bila ada duit syiling yang lebih nak masukkan dalam tabung atau nak masuk rm1 setiap hari dalam tabung. ini semua terserah pada individu masing-masing. Perlu diingat, kita tak tahu bila akan berlaku perkara yang diluar jangkaan kita dan duit-duit inilah yang boleh bantu kita jika benar-benar terdesak dan dia yang paling hampir dengan mata kita. Menabung tak semestinya perlukan bekas atau tabung yang mahal-mahal. Cukup sekadar tabung yang boleh kita gunakan untuk mengisi dan memasukkan duit ke dalamnya. Contoh guna bekas atau barang atau botol yang anda rasa boleh diubahsuai dan digunapakai semula. Lepas tu hias cantik-cantik dengan bahan sedia ada. Mudahkan? Hihihi..
| Asalnya bekas keropok udang. Dijadikan tabung duit kertas. =P |
| Untuk duit syiling. Bau bedak gohsons syiling tu nanti. Hiks |
Selamat menabung. Teruskan amalan ini kelak akan membawa manfaat buat kita ^____^
Tuesday, October 20, 2015
Ada apa pada warna ungu dan coklat.
Assalamualaikum semua :)
Setiap individu pasti mempunyai rasa suka terhadap warna kegemaran masing-masing. Ada yang suka kaler hijau, biru, hitam, merah, oren, putih, grey, pink dan macam-macam jenis kaler lagi. Bukan itu sahaja warna-warna yang disukai inilah yang akan memberikan ketenangan dan kepuasan kepada tuannya. Sebab warna-warna ni kadangnya akan mempengaruhi mood dan mengambarkan personaliti seseorang itu. Betul tak?
Aku pula amat gemar dengan warna ungu dan coklat. Siapa yang suka dengan warna ini kita adalah genk. Hee! Tak tahu lah macam mana boleh suka kaler tu. Yang utamanya bila mata ni dah terpandang ke arah kaler itu akan rasa macam "wah....purple! koko!". Jadi eksaited tiba-tiba. Hiks! Bila waktu nak beli barang pula kaler-kaler ni lah yang akan jadi ranking paling atas. Maka dengan itu, tidak hairanlah barang-barang banyak berunsurkan warna purple dan coklat. Purple is kieyut. Coklat soo cumil.
![]() |
| sebahagian hak milik aksesori yang berkaler ungu =P |
![]() |
| terima kasih en.google bagi izin guna gambar ni |
![]() |
| gambar ihsan dari en.google semata-mata |
p/s : Abaikan design rumah yang cantik itu. Tumpukan pada kaler sahaja. Heee!
Sunday, October 18, 2015
Erti sebuah persahabatan
Assalamualaikum
True Friends Hard To Find. Benar.. sangat sukar dicari. Kadang aku merasakan bila ada keperluan barulah si kawan itu datang mencari aku. Sedih tatkala memikirkan kenapa dia bersikap seperti itu. Mudahnya dia berubah bila dia dah senang.
Tatkala aku senang dia pergi kepadaku dan bila aku susah saat itu kemana perginya dia? Ya..memang dia pergi dan memang dia ada, dan adanya dia itu adalah pada waktu dia ada keperluan denganku. Seolah-olah aku diguna untuk memenuhi keperluannya sahaja. Aku tahu aku ni jenis yang "takpe belaka". Orang buat itu dan ini aku tetap jenis yang "takpe belaka". Adakah sikap aku yang jenis "takpe belaka" itu menjadi peluru untuk dia mengisi senjatanya sehingga bersikap begitu? Andai benar, betullah apa yang dikatakan dengan True Friends Hard To Find. Apapun aku masih tetap bersyukur kerana masih ada sahabat-sahabat yang mengenal erti susah dan senang bersama.
"Cari kawan biar macam cermin, kita gembira dia pun gembira, kita sedih dia pon sedih".
"Jangan cari macam duit syiling depan lain belakang lain"..
Friday, October 16, 2015
Projek Laksa Sarawak
Assalamualaikum
Pernah makan Laksa Sarawak? sangatlah sedap laksa sarawak tu. Hee! aku mula menjadi hantu laksa sarawak ni sejak 2 tahun yang lepas. Ika yang perkenalkan laksa ni. Setiap kali cuti dan dia balik sarawak pasti dia tak lupa untuk bertanya kepada aku nak paste laksa sarawak tak? Sebab memang dia tahu aku sangat suka makan laksa tu dan sampai sekarang aku still jadi hantu laksa sarawak ni. Seriously awak sedap. Hiks! Cara masak laksa Sarawak ni juga amat simple dan mudah.
Satu hari tu kami classmates ada plan buat projek laksa Sarawak dan makan ramai-ramai. Lucu bila ingat balik peristiwa time memasak sama-sama di bilik rehat blok kediaman. Disebabkan terlampau banyak guna alat memasak dan guna pula secara serentak jadi berlaku lintar pintas di aras blok tu. Mulalah kami risau dan macam pelarian angkut barang berpindah ke tempat lain untukmasak supaya orang lain tak tahu punca kenapa boleh berlaku blackout di aras blok tu. Jahatnya kami. Tapi tidak mengapa demi projek Laksa Sarawak. Hee!
Satu hari tu kami classmates ada plan buat projek laksa Sarawak dan makan ramai-ramai. Lucu bila ingat balik peristiwa time memasak sama-sama di bilik rehat blok kediaman. Disebabkan terlampau banyak guna alat memasak dan guna pula secara serentak jadi berlaku lintar pintas di aras blok tu. Mulalah kami risau dan macam pelarian angkut barang berpindah ke tempat lain untukmasak supaya orang lain tak tahu punca kenapa boleh berlaku blackout di aras blok tu. Jahatnya kami. Tapi tidak mengapa demi projek Laksa Sarawak. Hee!
![]() |
| Paste yang Haji Manan . paste ni sedap! |
![]() |
| Tadaaaa... |
Subscribe to:
Posts (Atom)






