Tuesday, January 28, 2014

Pemilihan warna pakaian ikut hari

Assalamualaikum w.b.t

Pernah tak rasa macam "eh, nak pakai baju warna apa ea esok". Haaa..tentu pernah kan? Sebab!! kadang tu aku pun pernah alaminya dan boleh dikatakan acap kali jugak lah aku kebingungan memilih warna baju yang nak dipakai ni. Nak dijadikan cerita. Aku ada terbelek satu majalah ni. *majalah pe tah* tak engat. hikhik. Dalam majalah tu adalah info-info tentang warna pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari-hari tertentu. Dikatakan juga kalau kita pakai warna ini ikut hari, warna ini akan mempengaruhi aura dan aktiviti seharian kita. Untuk itu, aku nak kongsikan beberapa contoh warna yang kita boleh pakai ikut hari. 


Warna Putih = Hari Isnin
Dikatakan mampu membantu si pemakai menjadi lebih bersemangat dan bersedia hadapi cabaran dengan tenang. Memandangkan hari pertama bekerja or belajar kan? jadi semangat itu perlu. hihi

Warna Merah Jambu atau Unggu = Hari Selasa
Dikatakan mampu membantu seseorang untuk meluahkan perasaan sayang pada pasangan. 

Warna Biru = Hari Rabu
Memberi pengaruh terhadap kemahiran berkomunikasi dan menjadikan diri lebih berani menyuarakan pendapat. Jadi korang! sesiapa yang ada presentation ke apa bolehlah guna warna ni.

Warna Kuning atau Oren = Hari Khamis 
Warna oren atau kuning dikatakan mampu memantulkan tenaga dan menjana IQ yang lebih kreatif. Selain itu, warna oren juga dikatakan mampu meransang sistem kesuburan si pemakai. 

Warna Hijau = Hari Jumaat 
Hijau dikatakan mampu memberi pengisian untuk diri. 

Warna Merah = Hari Sabtu
Secara psikologi warna merah dikatakan mampu membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah.

Warna Hitam = Hari Ahad
Dikatakan mampu membuatkan si pemakai berasa berada dalam zon selesa.

Aku ni berbeza sikit. Disebabkan terlalu suka warna purple. Jadi dalam satu minggu tu berapa kali aku akan pakai warna purple. Tapi memang betul lah. Pemilihan pakaian ikut hari ni mampu menpengaruhi aura, emosi, reaksi kita pada hari tersebut. Tak caye cubalah.

#perkongsian#warna#ikut#hari#

Saturday, January 25, 2014

Surah Al-Mulk benteng azab kubur

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun sibuk dengan urusan duniawi Alhamdulillah aku masih berkesempatan melunaskan saki-baki masa yang tinggal dengan mengamalkan sunnah nabi ni. Pesan mak setiap kali sebelum tidur kalo boleh amalkan membaca surah ni selalu..Sebab! manfaatnya kita akan jauh dari seksa dan azab kubur. Kebiasaanya aku akan membaca surah ni selepas waktu Maghrib sementara tunggu masuk waktu Isyak. Surah ni ada 30 ayat saja. Tak panjang kan? Jadi awak semua, manja-manjakanlah masa yang ada dengan baca surah Al-Mulk ni. Tak rugi pun...hikhik

Manfaat lain yang kita boleh dapat :
  1. Sentiasa berada di bawah naungan sayap Malaikat 
  2. Di hari kiamat rupa akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
  3. Surah ini akan menjadi penyelamat kita.

Buku ni aku jadikan panduan ke arah penyucian jiwa selepas Quran dan Tafsir
Bagus buku ni. Doa, Mathurat, Surah Pilihan, Solat2 sunat semua ada.


Aku juga ada kepilkan gambar ayat-ayat yang terdapat dalam surah Al-mulk

Mudah-mudahan kita  semua sentiasa mendapat syafaat dariNYA

#terima kasih sudi baca entri ini#

Thursday, January 23, 2014

BBM3105 menuntut laptopku bekerja keras

Assalamualaikum w.b.t

Usia laptop semakin lanjut. Memang risau bila pikirkan tentang perkara ini. Tambahan lagi subjek yang aqu ambil bagi sem 3 kali ni perlukan banyak penggunaan komputer dan ICT. Laptop dituntut bekerja keras. Bila terkenangkan seorang memberku yang tengah risau dengan keadaan laptop dia sekarang. Aku juga turut risau dan simpati. Mana tak nya, lepas sorang sorang n then lepas sorang sorang laptop rosak. Jangkitan apakah ini?? Kerja yang dikasi lecturer juga boleh dikatakan agak menggunung, cammana nak siapkannya kalo riwayat hidup laptop tak panjang.Dengan elaunnya yang tak masuk lagi. 1001 masalah ini menyebabkan dompet mula menunjukkan rasa sakitnya. Oh Elaun!! ku setia menantikan kehadiranmu. 


Elaun ku seru namamu....CEPATLAH  keluar ya !!!


Jatuh cinta dengan VINTAGE

Assalamualaikum w.b.t

Salam 2014. Cepat sungguh masa berlalu. Bak kata orang pejam celik pejam celik dah di pertengahan Januari 2014. Usia pun dah semakin meningkat. Tapi bila lah ketinggian aqu ni nak meningkat  !@#$5^&*
Permulaan entri tahun 2014 ni sebenarnya aku nak cakap yang aqu dah jatuh cinta dengan si dia. Haish!! jangan ampa duk pikiq yang bukan-bukan noo. Aku jatuh cinta dengan Vintage lah. hikhik. Tak tahu lah kenapa. Mungkin disebabkan oleh keunikan corak dan designnya yang tersendiri yang bikin aku jatuh cinta. walaupun corak vintage ni ringkas dan simple tapi still nampak comel. Vintage yang aqu suka adalah ke arah kebunga-bungaan. Biasalah aqu kan hati berbunga-bunga. bhaahaaa!!

Tudung bawal vintage mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Yang paling bestnya tudung ni ada dua corak di kedua-dua bahagian tudung. Jimatkan? orang pun takkan perasan kita pakai tudung yang sama sebab ada dua corak di bahagian dalam dan luar. hikhik.

Corak vintage yang aqu suka . Bila nak dapat ni?? 

yang ni aku ambil di link  http://bfacollection.blogspot.com/2011/09/vintage-shawl.html
aqu ambil koleksi gambar  tudung ni dekat ChaloBetey Shop online.
Cantik kan??
yang ni pon