Saturday, September 24, 2016

Kerinduan

Assalamualaikum...

Tengahari semua.
Hari ini mood sedikit jiwang.
Tak nak ceghiter panjang-panjang
Mai kita nyanyi memanjang.

Untuk yang jauh disana. Semoga baik-baik sahaja. 
May ALLAH ease everything for you.



Friday, September 2, 2016

Tips Penjagaan Gigi Bagi Si Gigi Besi


Assalamualaikum...

Orthobrush,
Interdental Brush, 
Dental Floss,
Antiseptic Mouth Wash.

Apa benda tu?  Haa..tu semua merupakan alat penjagaan gigi yang wajib bagi si pemakai braces atau gigi besi. Siapa-siapa saja yang dulunya sebelum pakai braces malas nak gosok gigi banyak kali. Automatik akan jadi rajin gosok gigi berkali-kali. Sebabnya apa. Sebab dah rasa sayang lebih kat gigi. Sebab dah kena jaga kebersihan gigi betul-betul. Lagi-lagi benda ni sensitif. Kalau masih juga malas. Dan tak jaga betul-betul akan meninggalkan kesan tak comey kat gigi nanti. Bak kata my lovely Doktor "Pakai braces ni kalau tak jaga kebersihan gigi memang Out lah". Huhuhu. 


Gambar ihsan  dipetik dari En. Google.
Nak jadi macam tu?? Tak nak kan...Huhu

Jadi untuk mengelakkan gigi kita jadi macam tu bila dah buka nanti. Menjaganya adalah perlu. Care dia, belai dia dan jaga dia dengan penuh kasih sayang ye. Ehehe! Untuk itu ....

  1. Pastikan gosok gigi setiap kali lepas makan. Gigi wajib gosok sebelum tidur. Ini penting sebab kalau tak gosok sisa sisa yang dibawa tidur bersama tu akan jadi kaviti, plak dan sebagainya. 
  2. Gunakan berus gigi khas iaitu Orthobrush yang sesuai untuk bersihkan celah gusi, gigi dan dawai. 
  3. Gunakan floss untuk bersihkan gigi di kawasan yang sukar dicapai oleh berus gigi
  4. Gunakan Interdental Brush untuk buangkan sisa-sisa makanan yang lekat di celah-celah braket.
  5. Gunakan ubat kumur berfluorida untuk kesegaran yang gitu seperti Listerine atau colgate plax.
  6. Minum air masak banyak-banyak. Elakkan minum minuman bergas atau berwarna. Kalau dah teringin sangat sekali sekala langgar pantang takpe. Hiks!
  7. Jangan makan benda keras. Hak ni paling penting. Sebab aku pernah alami braket tercabut gara-gara tergigit benda keras. Gabra jugakla masa tu. Huhuhu

Ni contoh Interdental Brush yang aku guna.
RM 6. Murah ja sebab aku dapatkan benda ni di Mr. DIY

Dental Floss 50m..
Berus gigi khas dan ubat gigi sekali..Hihi
Ubat kumur Colgate Plax

chiku chack.... =D

Kurangkan manis dalam gula. Lebihkan manis dalam senyuman. 
Semoga Tips ini bermanfaat untuk semua. =)


Thursday, September 1, 2016

Only Two Months


Assalamulaikum..

Pejam celik pejam celik pejam lagi kemudian celik
Tolak cuti sabtu ahad, cuti peristiwa dan cuti cuti hak lainnya
dah tinggal 2 bulan lagi aku di bumi ipoh ni.

Rasa sedih ada, rasa gembira ada..
Mana taknya hampir 5 tahun setengah dah merantau kat sini.
Dari umur 18 sampai la sekarang dah umur 23. Tua sudah..
Dari zaman berhingus sampai la dah matang.
Eh...Kebudak-budakan tu tetap ada lagi sikit-sikit.
5 Tahun setengah tu...Belajar dia mengalahkan dokter. Ehehe!

Dan hak paling pentingnya..Port2 makanan yang best kat sini. Pasti akan dirindui. Ekspeceli "kedai bawah pokok". Kedai ni la hak bakal diingati. Ikan keli sambal ijau dia tu perghh menyengat mengancam. Sedapnya. "Nasi Kukus Cafe Atas" pon sama akan dirindui jugak. Sedak senghoti boh. Beli sekali nok make sokmo-sokmo. Haaa tudia penangannya! Lepas tu "Burger Sedap Perpaduan" Adeih! sedap dimakan bila lapar diwaktu malam. Yum yum..

Tu baru area dekat-dekat dengan IPG. Belum termasuk list di area Ipoh. Kalau sebut semua ni, tak cukup list la. Hiks! Sementara masa masih ada. Makan puas-puas di port2 tersebut. Melahap puas-puas. Sebab nanti payah dah nak dapat. Melainkan postingnya di Bumi Ipoh, Perak ini. Ehehe..


Ipoh Mali...