Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts

Monday, November 9, 2015

Vanila Coklat Strawberi

Assalamualaikum. Esok depavali. Selamat Hari Depavali kepada kawan-kawan india :)

Vanila. Coklat. Strawberi

Tajuk cerita vanila coklat kah? Yang dilakonkan oleh Izara Aishah dan Aiman Hakim;
Tiga jenis perisa aiskrim kah? Yang ada kon dan kau pilih jenis perisa aiskrimnya,
Tiga jenis perisa minuman kah? Yang kau buntu nak beli perisa yang mana ? ATAU
Tiga jenis perisa inti waffle kah? Yang kau campur semua sekali nak bagi sedap.

Sama sekali bukan..

Yang difokuskan di sini adalah tentang sebuah pilihan.Ya sebuah pilihan.Yang mana kau harus pilih salah satu daripada beberapa pilihan yang kau ada. Pada waktu itu kau akan rasa terlalu buntu, kusut dan binggung sebab tak tahu nak pilih yang mana paling tepat supaya kau tidak tersilap langkah, jejak dan tapak. Pilihan ini sama ada dari aspek pendidikan, kejayaan, atau rumahtangga sekalipun semua itu perlukan fikiran matang dan perlu berfikir jauh kehadapan supaya kau berjaya mencapai hala tuju yang kau impikan dalam kehidupan. Bagi umat islam itulah antara sebab kita disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah supaya kita mendapatkan petunjuk dari ALLAH, terutama bila ada keraguan dalam memutuskan mana yang terbaik antara beberapa perkara yang diragukan. Solat sunat istikharah ini kita boleh kerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktu siang atau malam dan kalau boleh waktu malam sebelum kita tidur. Kita akan digerakkan hati kita dan diberi petunjuk oleh Allah SWT dalam membuat sesuatu keputusan hidup. In Syaa Allah...

-Vanila Coklat Strawberi

Saturday, January 25, 2014

Surah Al-Mulk benteng azab kubur

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun sibuk dengan urusan duniawi Alhamdulillah aku masih berkesempatan melunaskan saki-baki masa yang tinggal dengan mengamalkan sunnah nabi ni. Pesan mak setiap kali sebelum tidur kalo boleh amalkan membaca surah ni selalu..Sebab! manfaatnya kita akan jauh dari seksa dan azab kubur. Kebiasaanya aku akan membaca surah ni selepas waktu Maghrib sementara tunggu masuk waktu Isyak. Surah ni ada 30 ayat saja. Tak panjang kan? Jadi awak semua, manja-manjakanlah masa yang ada dengan baca surah Al-Mulk ni. Tak rugi pun...hikhik

Manfaat lain yang kita boleh dapat :
  1. Sentiasa berada di bawah naungan sayap Malaikat 
  2. Di hari kiamat rupa akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
  3. Surah ini akan menjadi penyelamat kita.

Buku ni aku jadikan panduan ke arah penyucian jiwa selepas Quran dan Tafsir
Bagus buku ni. Doa, Mathurat, Surah Pilihan, Solat2 sunat semua ada.


Aku juga ada kepilkan gambar ayat-ayat yang terdapat dalam surah Al-mulk

Mudah-mudahan kita  semua sentiasa mendapat syafaat dariNYA

#terima kasih sudi baca entri ini#

Friday, January 18, 2013

JODOH ITU RAHSIA YANG ESA

Bismillahirahmannirahim..
Dengar nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Peyayang,
"In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate".
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 
Alhamdulillah, saya masih mempunyai kelapangan masa untuk berkongsi sedikit ilmu 
tentang perkara yang paling hampir dalam kehidupan kita selain AJAL iaitu JODOH.

JODOH? Apa yang dikatakan jodoh? Korang tahu ke apa maksud sebenar Jodoh ini? Baiklah, Jodoh dari segi bahasa adalah pasangan yang pas atau pasangan yang sesuai di antara keduanya. Terperincinya, 'Jodoh' ini adalah pasangan yang saling memerlukan, saling memberi dan saling menerima.Berbeza dengan pengertian 'jodoh' menurut Islam, secara islamiknya jodoh dari segi islam adalah pasangan (laki-laki dan perempuan) yang "telah ditetapkan" atau "disahkan" dalam ikatan pernikahan dan disebut pasangan suami-isteri.

Memang benar, kita sendiri tidak ketahui siapakah jodoh kita? Jujurnya, korang sendiri pun takkan tahu siapakah Jodoh yang pas untuk korang...Kan-kan-kan? Tetapi harus diingat bahawa Allah S.W.T. telah tetapkan segalanya. Hanya dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya.Malah,segala hal mengenai diri kita juga sudah ditetapkan dan ditakdirkan oleh Allah S.W.T sejak di rahim ibu. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a.,dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Sesungguhnya proses penciptaan setiap orang dari kalian berada di perut ibunya selama 40 hari 
berupa segumpal air mani. Selanjutnya ia berubah menjadi segumpal darah dalam masa yang 
sama.Kemudian ia berubah menjadi segumpal daging dalam masa yang sama.Lalu Allah mengutus
seorang malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya disamping diperintahkan untuk menuliskan empat perkara, yakni [1] rezekinya, [2] ajalnya, [3] perilakunya, dan [4] bahagia celakanya".


Apabila waktunya sudah tiba, perasaan yang begitu indah akan dirasai oleh tiap-tiap orang,termasuklah korang sendiri.Dan waktu itu jugalah rasa kesyukuran akan menjelma. Korang harus ingat ,jodoh ni tidak semestinya dengan orang yang dah lama kita kenal, tapi mungkin juga jodoh kita dengan orang yang baru kita kenal. Jadi tak perlulah kita bersusah payah untuk mencari pemilik tulang rusuk ini kerana pemilik tulang rusuk itu sendiri akan mencari tulang rusuknya. Percayalah, walau digenggam sekuat manapun andai ia bukan milik kita, ia akan terlepas jua .Walau ditolak ketepi mana sekalipun, andai ia yang tercatat untuk kita, ia mendatang jua......ITULAH NAMANYA JODOH dan JODOH ITU RAHSIA YANG ESA.


Kita sepatutnya percaya bahawa semua kejadian adalah pasangan. Ini terbukti pada:
Firman Allah S.W.T. dalam Surat Yaasin: 36 dijelaskan:

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." 


Cuba perhatikan...setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Langit saling melengkapi bumi. Kemudian Allah jadikan pula malam berkasih dengan siang. Tinggi berpasangan dengan rendah. Dan jantan saling bergantungan dengan betina. Demikian juga kita yang bergelar sebagai seorang manusia, lihat saja contoh dalam Sains. Atom yang halus tidak dapat dilihat dengan pandangan mata terdiri dari komponen yang berpasang-pasangan. Wahhhhh, Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya dan alangkah jemu dan bosannya kehidupan ini sekiranya yang menjadi penghuni alam adalah lelaki semuanya atau perempuan semuanya.Tak ke pelik namanya??

Wednesday, January 16, 2013

DIA YANG MENGUTUSKAN RINDU

Assalamualaikum w.b.t


IBU dan AYAH. Siapakah mereka? MEREKALAH sebenarnya yang dikatakan insan yang paling mulia dalam kehidupan.Dan kerana itulah agama Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada kedua-duanya.Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tinggi  nilainya. Kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.  Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:


  • Maksudnya:“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

DOA UNTUK IBU BAPA

IBU....
Anakmu ini masih memerlukan petunjuk ke jalan kebahagiaan dunia dan akhirat yang setia mengajar erti kekuatan.Restu dan doa engkau iringkan.Terima kasih ibu,jasamu akan kukenang selalu,kukirim doa tanda kerinduan kerana kau tetap dihatiku.

AYAH...
Rasakan di hatimu secebis kasihku yang kian merinduimu,biarkan tiada di mataku asalkan bersama penciptaKU,juga penciptaMU yang menjanjikan pertemuanku denganmu di syurga milik Yang Maha Satu.

Friday, July 6, 2012

ISTIKHARAH KEPADA ALLAH,MUSYAWARAH DENGAN MANUSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Setelah menelaah buku berkaitan istikharah ini, alhamdulillah sedikit sebanyak saya memahaminya.
Kepada semua pembaca sama ada tersengaja atau tidak tersengaja tersinggah di blog ini, diharapkan perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat berguna.

Baiklah, Jika ada perkara yang ingin diadukan dan diminta pandangan...maka, carilah ALLAH S.W.T
BERISTIKHARAHLAH kepada ALLAH S.W.T..BERTAUBATLAH untuk memohon keampunan daripada ALLAH S.W.T atas dosa dan kesalahan yang dilakukan..SESUNGGUHNYA ALLAH itu 
maha pengampun lagi maha mengasihi..Bukan itu sahaja, hasil daripada istikharahlah kita akan berasa 
lebih bahagia, KERANA:
  1. sebelum istikharah~kita berserah diri kepada Allah S.W.T
  2. semasa istikharah~jiwa berasa tenang
  3. selepas istikharah~redha dengan ketentuan Allah S.W.T
ISTIKHARAH pula mestilah dengan cara yang betul, iaitu:

  • Mengakui kesalahan dan bertaubat
  • bersih dalam pilihan
  • mimpi,gerak hati dan pandangan
  • mengulangi istikharah

MUSYAWARRAH dengan manusia bererti meminta pandangan dan nasihat para ulama dan orang 
soleh berkenaan perkara yang ingin diminta.Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
"Apabila seseorang daripada kalian berhasrat pada sesuatu,tunaikanlah dua rakaat yang 
bukan fardu"(Riwayat al-Bhukari)