Friday, January 18, 2013

JODOH ITU RAHSIA YANG ESA

Bismillahirahmannirahim..
Dengar nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Peyayang,
"In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate".
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 
Alhamdulillah, saya masih mempunyai kelapangan masa untuk berkongsi sedikit ilmu 
tentang perkara yang paling hampir dalam kehidupan kita selain AJAL iaitu JODOH.

JODOH? Apa yang dikatakan jodoh? Korang tahu ke apa maksud sebenar Jodoh ini? Baiklah, Jodoh dari segi bahasa adalah pasangan yang pas atau pasangan yang sesuai di antara keduanya. Terperincinya, 'Jodoh' ini adalah pasangan yang saling memerlukan, saling memberi dan saling menerima.Berbeza dengan pengertian 'jodoh' menurut Islam, secara islamiknya jodoh dari segi islam adalah pasangan (laki-laki dan perempuan) yang "telah ditetapkan" atau "disahkan" dalam ikatan pernikahan dan disebut pasangan suami-isteri.

Memang benar, kita sendiri tidak ketahui siapakah jodoh kita? Jujurnya, korang sendiri pun takkan tahu siapakah Jodoh yang pas untuk korang...Kan-kan-kan? Tetapi harus diingat bahawa Allah S.W.T. telah tetapkan segalanya. Hanya dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya.Malah,segala hal mengenai diri kita juga sudah ditetapkan dan ditakdirkan oleh Allah S.W.T sejak di rahim ibu. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a.,dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Sesungguhnya proses penciptaan setiap orang dari kalian berada di perut ibunya selama 40 hari 
berupa segumpal air mani. Selanjutnya ia berubah menjadi segumpal darah dalam masa yang 
sama.Kemudian ia berubah menjadi segumpal daging dalam masa yang sama.Lalu Allah mengutus
seorang malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya disamping diperintahkan untuk menuliskan empat perkara, yakni [1] rezekinya, [2] ajalnya, [3] perilakunya, dan [4] bahagia celakanya".


Apabila waktunya sudah tiba, perasaan yang begitu indah akan dirasai oleh tiap-tiap orang,termasuklah korang sendiri.Dan waktu itu jugalah rasa kesyukuran akan menjelma. Korang harus ingat ,jodoh ni tidak semestinya dengan orang yang dah lama kita kenal, tapi mungkin juga jodoh kita dengan orang yang baru kita kenal. Jadi tak perlulah kita bersusah payah untuk mencari pemilik tulang rusuk ini kerana pemilik tulang rusuk itu sendiri akan mencari tulang rusuknya. Percayalah, walau digenggam sekuat manapun andai ia bukan milik kita, ia akan terlepas jua .Walau ditolak ketepi mana sekalipun, andai ia yang tercatat untuk kita, ia mendatang jua......ITULAH NAMANYA JODOH dan JODOH ITU RAHSIA YANG ESA.


Kita sepatutnya percaya bahawa semua kejadian adalah pasangan. Ini terbukti pada:
Firman Allah S.W.T. dalam Surat Yaasin: 36 dijelaskan:

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." 


Cuba perhatikan...setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Langit saling melengkapi bumi. Kemudian Allah jadikan pula malam berkasih dengan siang. Tinggi berpasangan dengan rendah. Dan jantan saling bergantungan dengan betina. Demikian juga kita yang bergelar sebagai seorang manusia, lihat saja contoh dalam Sains. Atom yang halus tidak dapat dilihat dengan pandangan mata terdiri dari komponen yang berpasang-pasangan. Wahhhhh, Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya dan alangkah jemu dan bosannya kehidupan ini sekiranya yang menjadi penghuni alam adalah lelaki semuanya atau perempuan semuanya.Tak ke pelik namanya??

Wednesday, January 16, 2013

DIA YANG MENGUTUSKAN RINDU

Assalamualaikum w.b.t


IBU dan AYAH. Siapakah mereka? MEREKALAH sebenarnya yang dikatakan insan yang paling mulia dalam kehidupan.Dan kerana itulah agama Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada kedua-duanya.Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tinggi  nilainya. Kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.  Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:


  • Maksudnya:“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

DOA UNTUK IBU BAPA

IBU....
Anakmu ini masih memerlukan petunjuk ke jalan kebahagiaan dunia dan akhirat yang setia mengajar erti kekuatan.Restu dan doa engkau iringkan.Terima kasih ibu,jasamu akan kukenang selalu,kukirim doa tanda kerinduan kerana kau tetap dihatiku.

AYAH...
Rasakan di hatimu secebis kasihku yang kian merinduimu,biarkan tiada di mataku asalkan bersama penciptaKU,juga penciptaMU yang menjanjikan pertemuanku denganmu di syurga milik Yang Maha Satu.

Wednesday, January 9, 2013

AMPLANG

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah tangan ini terasa rajin pula untuk mengemaskini blog yang sedia ada.
^_______^ (senyum melebar)

AMPLANG???...
mesti ada yang tertanya2 apakah itu AMPLANG...
adakah ianya nama tempat? sejenis makanan? ataupun sejenis minuman?....
Baiklah entry kali ini sayer akan kongsikan tentang sejenis makanan yang berbentuk kerepek bernama AMPLANG (hanya adew di Sabah je taw)..unik tak namanya hehe..memandangkan sayer mempunyai ramai sahabat yang asalnya dari Sabah, maka peluang untuk merasai makanan yang tiada di tempat sendiri adalah sangat besar (macam big apple~yumiee~)...nak dijadikan ceritanya salah seorang sahabat sayer yang asalnya dari Tawau, Sabah telah membawa AMPLANG untuk sayer (baiknya die...terima kasih teman!!)..jadi dapatlah juga merasai makanan dari luar Semenanjung Malaysia ini.Berbaloi juga mempunyai kawan berlainan negeri ini...hehehe

Haaaaaaaaaa..berbalik kepada AMPLANG tadi, 
atas soal-jawab,soal-siasat dan soal-bicara dgn dia (mcm wartawan pulak) ~ngeehx3~
AMPLANG  diperbuat daripada bahan-bahan seperti berikut :


1. Ikan Tenggiri 
2. Tepung Kanji
3. Minyak Masak
4.Bawang Putih
5. Gula
6.Garam
7. Serbuk Penaik

Cukup simple kan bahan-bahannya..harganya pon murah & berpatutan..sedapppp pulak tu..hehe
BOLEH DIMAKAN BEGITU SAHAJA..GERENTI SEKALI CUBA PASTI NAK LAGI....

masih di plastik...

 setelah dipindahkan ke dalam bekas bertutup


jangan lupa kasi tutup ini AMPLANG supaya tidak bikin dia lemau maa!!!..hehe


INSYAALLAH..saya akan menulis lagi entri-entri baru jika mempunyai kelapangan masa
senyum selalu=)