Friday, November 16, 2012

TIBA MASANYA

Assalamualaikum..

Hari ini genap 6 hari sayer berada di rumah. Cuti akhir semester lar katakan, kepada sesiapa yang sedang bercuti nikmatilah cuti anda sepuas-puasnya ya.

Seperti biasa di kelantan cuti umumnya adalah hari jumaat (penghulu segala hari)
memandangkan semua pekerja di sini cuti, jadi my daddyku (kununnya daddy lar kan,sedangkan kt umah panggil my abah..hihuhhhh) jgk cutilah...menjadi amalan wajib kami sekeluarga untuk pulang menziarahi kampung atuk dan nenek. Haaaaa..perasan? NOV/DIS musim buah-buahan. Jadi kesempatan ini digunakan sepenuhnya, maklumlah buah-buahan free n fresh..berbuah awal pula, Alhamdulillah dapatlah merasa buah-buahan segar di kebun sendiri.

hayaaaa....nak ambil buah pon susah, pohonnya tinggi bangat!!! LALU terlintas kat fikiran untuk mengunakan khidmat tenaga 3 jejaka gagah perkasa.Jadi..sape2 yg ada adeq laki tu jgn lupe gunakan khidmat sosial mereka tau.

yang ni mengeluh!!! kununnya malas....

yang ni paling bersemangat!!! bagusx3..
baju terbalik pon x kesah...hahaha

buka,tengok,dan telan....

SETELAH MENGISI BUAH KE DALAM PERUT..
inilah aktiviti mereka di waktu petangnya

Saya suka main bola..hari-hari saya main bola..

Saya ada ikan keli, kalau nak pancing lah sendiri...=P

Abah singgah di warung pak mat, membeli nasi bertelur dadar
Kalau anda nak selamat, Pakailah topi keledar!!!
muka yang x boleh blaaaaa..haha

P/S : Luangkanlah masa bersama keluarga selagi peluang masih ada...
moga hari ini lebih baik dari semalam=)

Saturday, September 15, 2012

KONGSI DAN KASIH

Assalamualaikum dan selamat petang,
Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips tentang cara bagaimana menghadapi dan mengatasi masalah "perut maju ke depan".(faham-faham sendiri la ye apa maksudnya itu..hiuhiuhiuu).Jadi, kepada sesiapa saja yang tidak mempunyai kelapangan masa atau mempunyai penyakit MALAS untuk berjoging. Maka, pemilihan makanan ini adalah amat bersesuai untuk mengekalkan kesihatan korang semua.


Untuk itu, saya sarankan korang ambil dan amalkan pemakanan ini. Baik untuk saya sendiri mahupun korang-2 yang ada di luar sana tu..hikhikhik. InsyaALLAH berkesan kalau ikut Terma dan Syaratnya.

Nikmatilah pemakanan ini :

1. Badam dan kacang- "GO NUTS" ia mampu membuatkan perut anda langsing tanpa mendatangkan rasa lapar. (Jadi sape-sape yang nak mudah kenyang makanlah kacang banyak-banyak ye).Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Purdue, individu yang mengambil segenggam kekacang sebagai snek mampu berasa kenyang lebih lama daripada mereka yang makan kek. Bagaimanapun,pilihlah kacang yang bebas dari garam dan sebaiknya ambil 24 biji badam sehari dan makan tanpa rasa perlu bimbang terlebih kalorie.

2. Telur- Haaaaa, makan telur pun ada faedahnya jugak tau.Untuk pengetahuan korang, telur ni mengandungi vitamin B12, iaitu zat yang diperlukan tubuh untuk mebaka lemak. Pengkaji dari LOUISIANA STATE UNIVERSITY menyarankan agar kita bersarapan dengan dua biji telur setiap pagi agar ia dapat membantu kita mengurangkan lemak dari mereka yang bersarapan donut atau roti.

3.Buahan BeriSesiapa yang suka makan beri pasti terliur sekarang kan?silap-silap ada yang ternganga-nganga teringatkan keenakan rasa beri ini.hehe..Semua jenis beri yang ada sangat kaya dengan kandungan serat. Jadi korang perlu lah makan dalam kuantiti yang sepatutnyat sebab 1 cawan rasberi mengandungi 6 gram serat.

4. Bijiran gandum penuhMakanan berasaskan gandum adalah pilihan karbohidrat terbaik sewaktu berdiet. Selain berupaya membekalkan sumber tenaga yang cepat ,ia juga mampu memberikan rasa kenyang lebih lama. Ia juga kaya serat dan baik untuk penghadaman dan penyingkiran toksin berlebihan dari tubuh. Tapi korang harus ingat,pemilihan roti juga haruslah berhati-hati.Pastikan dalam produk roti itu tertera "whole grain" atau "100 percent whole wheat"


Moga tips ini berguna untuk korang..
Selamat mengamalkannya.

Monday, September 3, 2012

SEKALI LAGI TERPANGGIL

Assalamualaikum.

Back to TENTERA life!!!!!
but, don't forget your NORMAL life!!!
Just donate your little time to dedicate to the nation..(speaking lar pulak..tah pape..huhu)

Again...Again..Again...AND Again
Atas persetujuan raja-raja Melayu..DENGAN ini diisytiharkan bahawa
esok adalah hari raya puasa!!!..(dalam mimpi je laaa..kahkahkah)..

Cube tengok tajuk kat atas...NAMPAK TAK? hikhikk
SEKALI LAGI KAMI TERPANGGIL..
haaaaaahh? SEKALI LAGI? tajuk movie kah ini? TIDAK SAMA SEKALI!! Ini bukan tajuk movie,
apalagi drama..kuikuiikuiii...Bahkan inilah tajuk movie kami yang akan disiarkan di pawagam coming soon nanti..(korang jgn lupa beli tiket wayang yupssss)..hikhkkhikk


KAMI SEKALI LAGI TERPANGGIL dan telah disahkan untuk menabur bakti kepada negara

terchenta bersempena hari kemerdekaan yang ke-55.(Ini bakti dikasi sama budak-budak maktab SAHAJA..kahkahkkah,amik ko!!!).Memandangkan hari raya jatuh seminggu sebelum merdeka..Jadi kami terpaksalah sedekahkan cuti raya untuk merdeka..(x banyak pon sedekah,sikit je...siikiit je..hahaha) Alhamdulillah..beruntung juga sebab sambutan kali ini berlangsung di Stadium Bukit Jalil dan bukannya di dataran MERDEKA macam tahun lepas..jadi tak perlu bersusah-payah laa nak pakai sunblock ke apa ke.Wokeyh..wokeyh..wokeyh?? kulitnya dijamin putih dong..coz kita  ini dibilang sama bapak itu tempatnya ditutupin sama bumbungnya (rosak bahasaku)..ade bumbung kali ya? buat-buat JAKUN pulak..haha

________________Selang beberapa hari selepas berhari raya__________________
Mulalah tugas kami sebagai TENTERA, tak percayaaaa? inilah dia..

kawan sayer yang sedang perbetulkan LED BOARDnya
ini adalah barang pinjam semata-mata.
HAK MILIK PENUH KERAJAAN MALAYSIA..
baru jew nak beranggan..hakhakk=P

Sebelum itu...nak story morie sikit pasal LED BOARD ni..
Haaaaa, betul kan saye kata? tak perlu bersusah payah, serba serbinya mudah..Express Lagi (kalah post laju..kahkahkah).Tak perlu pakai sunblock dan yang paling penting tak perlu guna pergerakan badan..hanya kelip menggunakan tangan sahaja..cukup mudah!! inilah gunanya LED BOARD.LED BOARD digunakan untuk mengantikan fungsi pergerakan badan kite orang yang dahulunya adalah sebagai HUMAN LED iaitu manusia yang menjadi huruf melengkapi perkataan...haha.LED BOARD dilengkapi dengan:
  1. LED BOARD ( fungsinya untuk memancarkan cahaya lampu pelbagai warna)
  2. REMOTE CONTROL (button penekan ada pelbagai warna..*klip-klip)
  3. BATERI (untuk memberi kuasa dan tenaga kepada LED BOARD supaya benda ni dpt berfungsi)
  4. RUMAH BATERI ( tempat untuk letak bateri.Bateri yang digunakan adalah sebanyak 8 biji)
  5. SKRIP BERWARNA (skrip ini adalah berbeza bagi tiap-tiap orang..special gitu lorhh..)
  6. TAPE (fungsinya adalah untuk melekatkan kesemua alat-alat di atas di bahagian belakang LED BOARD
  7. satu lagi ialah TRIPOD (benda ni digunakan untuk letak board LED tau)
Jadi itulah sebenarnya yang dikatakan LED BOARD..korang nak tengok tak camner rupa sebenar bahagian belakang LED BOARD ni? Setelah siap dipasang dengan alat-alat yang tertera kat atas tu inilah rupanya :

MAAF..ulang suara..MAAF
hanya sebahagian LED sahaja yang dapat dilihat..
Modelnya yang terlebih semangat nak bergambar..kahkahkahh

___LATIHAN TENTERA kami adalah waktu pagi, siang dan malam.Terbukti di bawah ini:___

Gambar diambil sebaik sahaja led mamancarkan warna merahnya...
tenkiu model sayer..hiuhiuuuhiuuu
BERDIRI SAMA TINGGI..DUDUK SAMA RENDAH.
kamiey suka bergambar...loikel!!!

latihan di stadium bersama
dax-2 SEKOLAH, KSKB, POLI, U dan BUDAK IPG!!


____________KEMUNCAK KEHIDUPAN TENTERA____________
Selepas berjuang berabisan dalam dunia tentera..(tentera ke?nampak hepi good lucky je masa latihan) haha
kami diberi kebebasan 1 hari sebelum tiba keesokkan harinya iaitu 31 OGOS 2012..time hepi lar nim!!
kami dibawa menikmati udara yang segar di PUTRAJAYA..hilang lar jugak strezzz kan?..haha

tadaaaa!! we here now!!
ni nida dan fifah merangkap kawan sayer..
Dimanakah saya? saya tukang fotografi mereka tika ini..hikhikhikk

HARI KEJADIAN_31 DISEMBER 2012 _HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55 _JANJI DITEPATI.Akhirnya terlaksana sudah sambutan ini..dan dengan ini disahkan bahawa tamatlah kontrak ku SEBAGAI SEORANG TENTERA SEMENTARA.SEKIAN

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca entri kali ni=P

Monday, July 23, 2012

KELANTANESE MARI..



Sapo shero nok blaja kecek kelate bolehlah singgoh kat blog ni meta..
tok pehe takpow,kawe boleh bui pehe..

(TERJEMAHAN)
Sesiapa yang nak belajar cakap kelantan,bolehlar singgah sebentar di blog ini..
saya boleh ajar kalau tak paham..


Jika dilihat dari sudut sejarah dan geografi (Baso Melayu Kelate) merupakan longat Melayu yang dipertuturkan oleh di Negara Bahagian Kelantan, Malaysia. Dialek ini juga dipertuturkan di sebahagian Terengganu (di Pulau Perhentian dan Besut) serta sebahagian Kedah seperti di Baling, Sik serta Padang Terap.Bahasa melayu kelantan adalah bahasa melayu ketiga yang sukar difahami selepas bahasa melayu sabah dan sarawak.


*Antara contoh perkataan yang terdapat dalam loghat kelantan=kamus kelate

Gelenyar,Gletah - mengenyam, miang
Supik Gelenyar / supik rhokrhak - plastik nipis (yg mengeluarkan bunyi bising)
sombong / bongkak = agah
menipu / berbohong = belawok
laju / kencang = deghah
tetapi = keknya
beritahu = ghoyak
larat = chekak
letih / tak larat = tok chekak
mau = sey
tak mau = tok sey 
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh (jotos)
njja = tendang
Bekwoh = kenduri  
Tohok = buang
klikpah-klikpah = terpinga-pinga
belengas = melekit

*Loghat kelantan juga mempunyai "Bunga-bunga bahasa" yang dianggap unik.Contohnya kalau di sabah perkataan BAH digunakan untuk keperluan sesetengah ayat..kalau di kelantan pula inilah antara bunga-bunga bahasa yang sering digunapakai.. 

HOK ALOH= alamak
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH = memohon restu atau persetujuan. ..
GAK/PAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
HO (dengan Dengung) = "yalah.." atau "yes" 
DOK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"
LAMOKE = nanti kan
LAGUTU= macam tu 

*Kebanyakkan orang kelantan suka menambah-nambah perkataan sendiri.
Maksudnya sesuatu perkataan itu dijadikan sebagai kata penguat.Contohnya:

Hite llege = Sangat hitam
Biru kketu  = Sangat biru
Kuning nnehe = Sangat kuning
Kenye bbonyah = Sangat kenyang
Come llote =  Sangat cantik

Manis lleting =  Sangat manis
Mase ppughik = Sangat masam 
Masing ppeghak = Sangat masin
Tawa eber = Sangat tawar
putih ssueh/ssembo = Sangat putih

Pahit llepe  = Sangat pahit
Gemuk ddebok  = Sangat gemuk
Busuk bbanga = Sangat busuk
Hapok kohong = Sangat hapak
Nnakut apah = Penakut sangat
Ceghoh jeghiloh / bbole = Sangat terang/cerah
Jatuh celabok = Jatuh sangat teruk
Kuca hanya  = Sangat bercelaru

*Jika bagi masyarakat Melayu Sarawak, penggunaan kata penguatnya agak mudah dikesan dan biasanya tidak pelbagai. Dalam masyarakat Melayu Sarawak, penggunaan kata ‘gilak’ sebenarnya berfungsi sebagai pembawa darjah penghabisan atau maksud penguat. Lihat contoh di bawah:-
kacak gilak  =  cantik sangat / sangat baik paras rupa
jahit gilak  = sangat jahat / sangat buruk
manis gilak  = amat manis
baik gilak  = sangat baik
besar gilak  = sangat besar



*Ini pula penggunaan perkataan 

(kelantan + Inglish) =KELANTENGLISH..kehh3..

DREBA = driver
KONAR = corner
NNEJA = manager
RIZAT = result
SUWIH = switch




Nampoknyo stakat tu lar dulu hok boleh ambo kongsi...buke gapo nok bui pengisie lar mugo pengetahue demo bertamboh..
.....SEKADAR PENGISIAN UNTUK MENAMBAH PENGETAHUAN...


Wednesday, July 11, 2012

Batik Asli Kelantan

 Assalamualaikum....

Untuk entri kali ni cheq nak kenalkan BATIK kat korang. Batik ni adalah yang ASLI dari Kelantan 
dan memandangkan auntie cheq terlibat dalam perniagaan Batik ni, cheq pon tumpang juga le mengedik sekaki dua dalam perniagaan ni..haha. Jadi, kat bawah ni ada pelbagai koleksi BATIK ASLI dari Kelantan.Kepada peminat tegar dunia peragaan BATIK .Korang bolehlah tengok kt bawah ni:

               http://www.facebook.com/pages/Nurul-Batik-Kelantan/161597987244247

     
      

kalau rasa nak beli borong..bolehlah pilih yang ini


*Ini adalah sebahagian kecil koleksi BATIK.Kalau berminat bolehlah pm dengan pengedar
& beli ikut kemampuan.Harganya boleh dirunding..

NURUL BATIK/ NURUL BATIK KELANTAN
NO.TEL : 0107104074
KAMI DI NURUL BATIK ADA JUGA TURUT MENYEDIA TEMPAHAN KHAS UNTUK BATIK TEMA ATAU BAJU SERAGAM OLEH BADAN KERAJAAN ATAUPUN SYARIKAT KORPERAT

Friday, July 6, 2012

ISTIKHARAH KEPADA ALLAH,MUSYAWARAH DENGAN MANUSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Setelah menelaah buku berkaitan istikharah ini, alhamdulillah sedikit sebanyak saya memahaminya.
Kepada semua pembaca sama ada tersengaja atau tidak tersengaja tersinggah di blog ini, diharapkan perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat berguna.

Baiklah, Jika ada perkara yang ingin diadukan dan diminta pandangan...maka, carilah ALLAH S.W.T
BERISTIKHARAHLAH kepada ALLAH S.W.T..BERTAUBATLAH untuk memohon keampunan daripada ALLAH S.W.T atas dosa dan kesalahan yang dilakukan..SESUNGGUHNYA ALLAH itu 
maha pengampun lagi maha mengasihi..Bukan itu sahaja, hasil daripada istikharahlah kita akan berasa 
lebih bahagia, KERANA:
  1. sebelum istikharah~kita berserah diri kepada Allah S.W.T
  2. semasa istikharah~jiwa berasa tenang
  3. selepas istikharah~redha dengan ketentuan Allah S.W.T
ISTIKHARAH pula mestilah dengan cara yang betul, iaitu:

  • Mengakui kesalahan dan bertaubat
  • bersih dalam pilihan
  • mimpi,gerak hati dan pandangan
  • mengulangi istikharah

MUSYAWARRAH dengan manusia bererti meminta pandangan dan nasihat para ulama dan orang 
soleh berkenaan perkara yang ingin diminta.Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
"Apabila seseorang daripada kalian berhasrat pada sesuatu,tunaikanlah dua rakaat yang 
bukan fardu"(Riwayat al-Bhukari)