Saturday, September 15, 2012

KONGSI DAN KASIH

Assalamualaikum dan selamat petang,
Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips tentang cara bagaimana menghadapi dan mengatasi masalah "perut maju ke depan".(faham-faham sendiri la ye apa maksudnya itu..hiuhiuhiuu).Jadi, kepada sesiapa saja yang tidak mempunyai kelapangan masa atau mempunyai penyakit MALAS untuk berjoging. Maka, pemilihan makanan ini adalah amat bersesuai untuk mengekalkan kesihatan korang semua.


Untuk itu, saya sarankan korang ambil dan amalkan pemakanan ini. Baik untuk saya sendiri mahupun korang-2 yang ada di luar sana tu..hikhikhik. InsyaALLAH berkesan kalau ikut Terma dan Syaratnya.

Nikmatilah pemakanan ini :

1. Badam dan kacang- "GO NUTS" ia mampu membuatkan perut anda langsing tanpa mendatangkan rasa lapar. (Jadi sape-sape yang nak mudah kenyang makanlah kacang banyak-banyak ye).Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Purdue, individu yang mengambil segenggam kekacang sebagai snek mampu berasa kenyang lebih lama daripada mereka yang makan kek. Bagaimanapun,pilihlah kacang yang bebas dari garam dan sebaiknya ambil 24 biji badam sehari dan makan tanpa rasa perlu bimbang terlebih kalorie.

2. Telur- Haaaaa, makan telur pun ada faedahnya jugak tau.Untuk pengetahuan korang, telur ni mengandungi vitamin B12, iaitu zat yang diperlukan tubuh untuk mebaka lemak. Pengkaji dari LOUISIANA STATE UNIVERSITY menyarankan agar kita bersarapan dengan dua biji telur setiap pagi agar ia dapat membantu kita mengurangkan lemak dari mereka yang bersarapan donut atau roti.

3.Buahan BeriSesiapa yang suka makan beri pasti terliur sekarang kan?silap-silap ada yang ternganga-nganga teringatkan keenakan rasa beri ini.hehe..Semua jenis beri yang ada sangat kaya dengan kandungan serat. Jadi korang perlu lah makan dalam kuantiti yang sepatutnyat sebab 1 cawan rasberi mengandungi 6 gram serat.

4. Bijiran gandum penuhMakanan berasaskan gandum adalah pilihan karbohidrat terbaik sewaktu berdiet. Selain berupaya membekalkan sumber tenaga yang cepat ,ia juga mampu memberikan rasa kenyang lebih lama. Ia juga kaya serat dan baik untuk penghadaman dan penyingkiran toksin berlebihan dari tubuh. Tapi korang harus ingat,pemilihan roti juga haruslah berhati-hati.Pastikan dalam produk roti itu tertera "whole grain" atau "100 percent whole wheat"


Moga tips ini berguna untuk korang..
Selamat mengamalkannya.

No comments:

Post a Comment