Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

Craving to cook!!

Assalamualaikum..

"I wen to bek hom"

Rindu rumah..
Rindu dapur..
Rindu kuali..
Rindu periuk..
Rindu senduk..
Rindu sudip..
Last statement rindu nak jadi bibik *winkwink

Kalau la kat bilik asrama IPG dibenarkan memasak. Seronoknya kan.
Akan tetapi..tak boleh! yang ada rice cooker pon kena guna senyap-senyap. Sodihnya!
Tak pa. Balik kampung nanti nak date dengan dapur puas puas. Hewhew!
Masak nasi kerabu, laksam.yum yum! miss this food.
Nak buat murtabak meggi sebab benda nih sedap!

Simple dan sangat mudah untuk membuatnya.

Hanya perlukan bahan-bahan seperti :

  • Maggi ,telur, daging kisar @ Ayam @ Udang (ikut selera masing-masing nak letak sosej pon boleh),Sedikit carrot (dipotong dadu), cili padi (dipotong halus),1 labu bawang besar (dipotong dadu), sayur campur,secukup rasa.
  • 1 paket maggi=2biji telur

Cara masaknya yang sangat senang: 
  1. Celur maggi sampai kembang dan toskan air sehingga kering
  2. Gaul dua biji telur dengan sayur campur, daging kisar yang dimasak sehingga sebati. (Tak nak letak daging gantikan dengan sosej pon bole). Masukkan secukup rasa.
  3. Maggie dah kembang gaulkan maggi tersebut dengan bahan-bahan dalam step 2 tadi
  4. Panaskan sedikit minyak ( anggaran 2 sudu besar minyak) di dalam kuali, masak bahan yang telah digaul dalam step 3 tadi sehingga masak @ garing.
  5. Murtabak dah masak, bolehlah dihidangkan di atas meja. Nak sedap tambah sos cili, mayonis dan sos tiram banyak-banyak.And then boleh makan. Hehe!
Murtabak maggi yang dimasak menggunakan dapur kiosk IPG semalam. HEHE!


Masak & makan panas2 waktu petang sangat menyelerakan.Ditambah lagi dengan secawan tea..Yumyum!
SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA.

Wednesday, January 9, 2013

AMPLANG

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah tangan ini terasa rajin pula untuk mengemaskini blog yang sedia ada.
^_______^ (senyum melebar)

AMPLANG???...
mesti ada yang tertanya2 apakah itu AMPLANG...
adakah ianya nama tempat? sejenis makanan? ataupun sejenis minuman?....
Baiklah entry kali ini sayer akan kongsikan tentang sejenis makanan yang berbentuk kerepek bernama AMPLANG (hanya adew di Sabah je taw)..unik tak namanya hehe..memandangkan sayer mempunyai ramai sahabat yang asalnya dari Sabah, maka peluang untuk merasai makanan yang tiada di tempat sendiri adalah sangat besar (macam big apple~yumiee~)...nak dijadikan ceritanya salah seorang sahabat sayer yang asalnya dari Tawau, Sabah telah membawa AMPLANG untuk sayer (baiknya die...terima kasih teman!!)..jadi dapatlah juga merasai makanan dari luar Semenanjung Malaysia ini.Berbaloi juga mempunyai kawan berlainan negeri ini...hehehe

Haaaaaaaaaa..berbalik kepada AMPLANG tadi, 
atas soal-jawab,soal-siasat dan soal-bicara dgn dia (mcm wartawan pulak) ~ngeehx3~
AMPLANG  diperbuat daripada bahan-bahan seperti berikut :


1. Ikan Tenggiri 
2. Tepung Kanji
3. Minyak Masak
4.Bawang Putih
5. Gula
6.Garam
7. Serbuk Penaik

Cukup simple kan bahan-bahannya..harganya pon murah & berpatutan..sedapppp pulak tu..hehe
BOLEH DIMAKAN BEGITU SAHAJA..GERENTI SEKALI CUBA PASTI NAK LAGI....

masih di plastik...

 setelah dipindahkan ke dalam bekas bertutup


jangan lupa kasi tutup ini AMPLANG supaya tidak bikin dia lemau maa!!!..hehe


INSYAALLAH..saya akan menulis lagi entri-entri baru jika mempunyai kelapangan masa
senyum selalu=)