Monday, February 10, 2014

Tulisan menggambarkan siapa orang itu.

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kehidupan kita Allah S.W.T telah kurniakan dua belah tangan yang ditemani erat oleh jari jemari. Nikmat kurniaan ini membolehkan kita menulis dan terus menulis. Berbeza dengan orang kurang upaya yang hanya mampu menulis menggunakan kaki bagi mengantikan tangan.Berfikir sejenak! setiap orang itu  berbeza tulisan tangannya. Ada yang kecil comel, bulat leper, kurus tegak, condong kiri, ada jugak yang condong kanan dan bermacam macam jenis lagi lah. Kajian yang dilakukan oleh Dato Fadzilah Kamsah ini ada tepatnya jugak. Sebab bila tengok bentuk tulisan aku yang kurus, panjang dan tegak. Nampak ada persamaan seperti yang dicirikan. ahaaa!

Mari kita check bentuk tulisan kita..hehe!

i. Tulisan yang bulat-bulat
Orang ni tulisan dia semua bentuk bulat-bulat dan comel-comel. Seorang yang emosional prihatin, penyayang, kepekaan tinggi.

ii.Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Orang yang tulisan jenis ini pula  bersikap rasional, bekerja dengan sistematik, dan pandai mengurus. Bagusnya!

iii. Condong ke kanan
Dikatakan mempunyai sifat-sifat yang ada pada Individu Extrovert iaitu suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, dan pemurah.

iv. Condong ke kiri
Dikatakan mempunyai sifat-sifat yang ada pada Individu Introvert iaitu suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

v. Tegak
Orang jenis tulisan tegak ni seorang yang sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, dan suka ambil jalan tengah. 

vi. Campur-campur dan tulisan yang berubah-ubah.
Orang ni kadang tulis condong kanan, kadang condong kiri, kadang besar kadang kecil. Sikapnya sebegini menggambarkan emosi tak tetap dan sukar diramal.

vii. Kurus
Bagi  orang yang bentuk tulisan kurus dan langsing orang ni akan melakukan perkara yang digemarinya sahaja.



 Kurus, panjang, dan tegak sebahagian dari hidupku


Pujangga mengatakan " Tulisan merupakan cerminan peribadi " 
dan kadangnya mampu mengambarkan personaliti seseorang. 

Perkongsian#Tulisan# Cerminan#Peribadi#

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini ^___^

6 comments:

  1. salam,
    iki punya tulisan memang berubah-rubah, and memang orang kata iki ni unpredictable, emosional tu jangan cakap la, memang bercampur baur. huhu.

    nice entry sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam iki...Xpe iki, tulisan kita kan boleh ubah. Mungkin iki ada kelebihan di sudut lain. Hehe. Chaiyok2!!

      Delete
  2. Tulisan dah buruk skang. Jarang menulis skang ni. Asyik di keybord jer.

    ReplyDelete
  3. permulaan tulisan cantik, tegak dan bulat-bulat lama-lama sakit jari terus jadi cakar ayam... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama..nak nak kalo time menulis dlm masa yg cepat..Tulisan pon tett!! hehe

      Delete
  4. lol, macam tak kena je.. huhuhuuu.. tulisan aku ikut mood. heh

    ReplyDelete