Sunday, October 18, 2015

Erti sebuah persahabatan

Assalamualaikum

True Friends Hard To Find. Benar.. sangat sukar dicari. Kadang aku merasakan bila ada keperluan barulah si kawan itu datang mencari aku. Sedih tatkala memikirkan kenapa dia bersikap seperti itu. Mudahnya dia berubah bila dia dah senang.

Tatkala aku senang dia pergi kepadaku dan bila aku susah saat itu kemana perginya dia? Ya..memang dia pergi dan memang dia ada, dan adanya dia itu adalah pada waktu dia ada keperluan denganku. Seolah-olah aku diguna untuk memenuhi keperluannya sahaja. Aku tahu aku ni jenis yang "takpe belaka". Orang buat itu dan ini aku tetap jenis yang "takpe belaka". Adakah sikap aku yang jenis "takpe belaka" itu menjadi peluru untuk dia mengisi senjatanya sehingga bersikap begitu? Andai benar, betullah apa yang dikatakan dengan True Friends Hard To Find. Apapun aku masih tetap bersyukur kerana masih ada sahabat-sahabat yang mengenal erti susah dan senang bersama. 

"Cari kawan biar macam cermin, kita gembira dia pun gembira, kita sedih dia pon sedih". 
"Jangan cari macam duit syiling depan lain belakang lain"..


3 comments:

  1. kawan susah senang tu yang payah nak cari :)

    ReplyDelete
  2. i feel u babe...anggapla aku cermin mata ko..hahahaha

    ReplyDelete