Friday, October 16, 2015

Bukit Tinggi, Pahang.

Assalamualaikum

Bukit Tinggi, Pahang. You should be here! Cantik tempat ni. Feeling luar negara sekejap sebab rekaannya tu. Hihiks. Macam mana aku boleh sampai ke sini sebab member Sarawak yang ajak. Mula-mula aku ingat tempat ni tempat Hiking sebab sehari sebelum pergi kat sini aku pergi berhiking dulu. Balik tengahari ke IPG badan penat dan sampai ke malam penatnya still tak hilang hilang. Dapat pula mesej dari Carol yang berbunyi "Awak, nak pergi bukit tinggi tak besok?" Dengan pantas aku balas "bukit tinggi kat ner awak? Tinggi sangat tak?" Haha! nampak tak kepenatan berhiking pada hari tu ketara tak hilang sampaikan member ajak pergi tempat peranginan pun aku ingat tempat hiking sebab bila nampak ja nama "Bukit" tanpa melihat perkataan "Tinggi" di belakangnnya minda aku yang letih ini menafsirkannya ok pergi hiking. See, jelas terpancar kemamaian.

Mujur dipesan awal-awal pakai cantik cantik. Kalau tidak mungkin sehelai tshirt dan seluar sukan aku pakai pada waktu tu. Hiks! Classmate yang turut serta pergi sini Jeremy, carol, muneq, zulaikha dan aku. Kami berlima berhoneymoon separuh hari sahaja sebab keesokkan harinya ada kelas. Dari Ipg Ipoh  ke Bukit Tinggi ambil masa hampir 3 jam. Sampai ja di sana kami bergopro puas-puas! Harga tiket masuk berpatutan iaitu RM 13 bagi dewasa. Dari sudut makanan awal-awal kami dah tapau sebab makanan kat sana mahal-mahal. Dengan bertapaukan nasi ayam mamaklah kami mengisi perut kosong dan menjamu selera di Bukit Tinggi. Kenyang dan terus cergas lepas makan nasi mamak tu. Heee!



view dari atas

mesyuarat tingkap dengan zue
fokus berjalan, kamera tak pandang

Donggakkan kepala..

Hai saya Jeremy, Dia Carol. Hiks!

Muneq




Bila kamu mempunyai ruang dan peluang berjalanlah mengenal tempat orang. Bukannya selalu dan dari situ kamu akan merasai  ketenangan yang membawa kepuasan.  


No comments:

Post a Comment