Wednesday, November 4, 2015

Tips bagi mereka yang rabun

Assalamualaikum..

Sejuk. Suasana yang nyaman. Jerebu takdop. Jelas pandangan. Hihi...Alhamdulillah.
Bermata empat. Gelaran ini sinonim dengan orang yang berkaca mata. Kan kan? Kalo kome nak tahu. Mike ni sebenarnya bermata empat juga. Tapi  tu lah..bila rasa nak pakai je baru la gatai nak keluarkan spek dan pakai. Huk Aloh! padahal ada masalah rabun jauh ni. Power tinggi pulak tu =(  tetap bersyukur sebab tidak mempunyai masalah yang berat dalam kategori silau. Alhamdulillah.

Masalah rabun ni kita boleh rawat dan kita boleh cegah jika kita sayangkan mata kita. Akan saya kongsikan tips tersebut. =D

  1. Kalau boleh banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D. Macam makan betik ke, lobak ke, mangga ke (mangga sedap =P).
  2. Kena rajin buat senaman mata. Urut mata ikut urutan mata di kening, tengah kening, antara dua kening, hujung mata dan bawah mata. Belai mata tu lembut-lembut, supaya dia cair dengan kita. Rabun pun akan kurang. Tak gitu? Hikhok.
  3. Suka makan sayur sawi tak? Kalau suka rebus sayur sawi tu dengan dua gelas air sampai mendidih. Sejukkan, lepas tu minum. Amalkan 3 kali seminggu sekurang kurangnya. In shaa Allah dengan izin Allah rabun kurang. 
  4. Yang paling penting sejukkan pandangan mata dengan melihat kehijauan alam yang Allah sediakan ini. 

Ada juga kaedah merawat mata mengikut Kaedah Rawatan Ustaz Sharhan Shafie iaitu : Merawat sakit mata dan rabun mata cara islam dengan " baby carrot". Rujuk gambar di bawah:



(@__@)


Serba sedikit ikhtiar dan tips untuk mereka yang bermata empat seperti saya. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment