Friday, September 2, 2016

Tips Penjagaan Gigi Bagi Si Gigi Besi


Assalamualaikum...

Orthobrush,
Interdental Brush, 
Dental Floss,
Antiseptic Mouth Wash.

Apa benda tu?  Haa..tu semua merupakan alat penjagaan gigi yang wajib bagi si pemakai braces atau gigi besi. Siapa-siapa saja yang dulunya sebelum pakai braces malas nak gosok gigi banyak kali. Automatik akan jadi rajin gosok gigi berkali-kali. Sebabnya apa. Sebab dah rasa sayang lebih kat gigi. Sebab dah kena jaga kebersihan gigi betul-betul. Lagi-lagi benda ni sensitif. Kalau masih juga malas. Dan tak jaga betul-betul akan meninggalkan kesan tak comey kat gigi nanti. Bak kata my lovely Doktor "Pakai braces ni kalau tak jaga kebersihan gigi memang Out lah". Huhuhu. 


Gambar ihsan  dipetik dari En. Google.
Nak jadi macam tu?? Tak nak kan...Huhu

Jadi untuk mengelakkan gigi kita jadi macam tu bila dah buka nanti. Menjaganya adalah perlu. Care dia, belai dia dan jaga dia dengan penuh kasih sayang ye. Ehehe! Untuk itu ....

  1. Pastikan gosok gigi setiap kali lepas makan. Gigi wajib gosok sebelum tidur. Ini penting sebab kalau tak gosok sisa sisa yang dibawa tidur bersama tu akan jadi kaviti, plak dan sebagainya. 
  2. Gunakan berus gigi khas iaitu Orthobrush yang sesuai untuk bersihkan celah gusi, gigi dan dawai. 
  3. Gunakan floss untuk bersihkan gigi di kawasan yang sukar dicapai oleh berus gigi
  4. Gunakan Interdental Brush untuk buangkan sisa-sisa makanan yang lekat di celah-celah braket.
  5. Gunakan ubat kumur berfluorida untuk kesegaran yang gitu seperti Listerine atau colgate plax.
  6. Minum air masak banyak-banyak. Elakkan minum minuman bergas atau berwarna. Kalau dah teringin sangat sekali sekala langgar pantang takpe. Hiks!
  7. Jangan makan benda keras. Hak ni paling penting. Sebab aku pernah alami braket tercabut gara-gara tergigit benda keras. Gabra jugakla masa tu. Huhuhu

Ni contoh Interdental Brush yang aku guna.
RM 6. Murah ja sebab aku dapatkan benda ni di Mr. DIY

Dental Floss 50m..
Berus gigi khas dan ubat gigi sekali..Hihi
Ubat kumur Colgate Plax

chiku chack.... =D

Kurangkan manis dalam gula. Lebihkan manis dalam senyuman. 
Semoga Tips ini bermanfaat untuk semua. =)


3 comments: