Wednesday, April 9, 2014

Malu bertanya sesat jalan.

Assalamualaikum w.b.t

" Tersesat malu bertanya. 
  Tak tahu tak tahu ke mana. 
  Terlalu banyak alasannya. 
  Duk terdiam...... "  

Pernah dengar lirik lagu di atas? "Lagu dulu......" pinjam ayat seorang classmate aku jap. ahaks!  abaikan....

Setiap orang ada perasaan malu dalam diri. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim dan ianya juga merupakan sebahagian daripada keimanan. Kalau kita lihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Jangan tak tahu. Malu ini pun mestilah kena pada tempat dan destinasinya. Malu dalam kebanyakan hal adalah PERLU. Tetapi dalam bab ilmu, JANGAN SESEKALI..... > nasihat untuk diri sendiri juga. 

Jangan pula kita malu tak bertempat sebab malu tak bertempat ni lah yang akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan, peluang dan ruang untuk menikmati hidup yang lebih indah. hik hik!


gambar ini dipinjam dari  Enchik Google

Jadi semua, jangan kita malu nak bertanya. Nanti sesat jalan tak boleh gostan pulak..Huk Huk!


Terima kasih sudi baca entri ini 

senyum tak perlu kata apa-apa!
^ _____ ^

Thursday, April 3, 2014

Jangan hakimi sesuatu dari luaran

Assalamualaikum w.b.t 


"Jangan hakimi sesuatu dari luarannya tapi nilailah dari dalamnya"

Setuju sangat dengan kata-kata ini. Bila diimbas kembali, aku sangat rindu dengan suasana sekolah SJKT yang julung-julung kalinya aku pergi untuk SBE " School Based Experience." selepas Sekolah Kebangsaan.
SJKT(L) Sabak Bernam,Selangor. Ya.. inilah sekolahnya. Sangat terharu sekali seorang guru besar sanggup menyambut dan menantikan kedatangan murid-murid di depan pagar sekolah setiap hari seawal pagi. Depan pagar.... sangat awesome!! Oh Maii...jarang-jarang sekali Guru Besar yang macam ni even mukanya macam singa nak makan mangsa pun. bhahaaha!

Bukan setakat guru besar cikgu-cikgunya pon sangatlah sporting. Beznya kalau dapat posting kat sini. Huk Huk! Makan minum ditaja. Rasa bersalah pula. Tapi kalo dah ditaja apalagi tinggal order yg sodap2 lerr ahaa! Comel sungguh mereka! ayat pertama yang aku ungkap sebaik saja kaki melepasi pagar sekolah. Kecomelan mereka tu buat aku risau tak dapat mengajar. Mohon diri terkawal..ahaa!! Dulu aku fikir..Alahhh, sekolah Tamil? Ladang? estet? Boleh ke mereka terima pengajaran? macam mana nak mengajar? Segala macam persoalan ini buat aku susah hati. DAN ternyata segala sangkaan negatif aku terhadap SJKT ini terkubu.Memang jauh sekali dengan apa yang disangkakan. So DON'T JUDGE  BOOK BY ITS  COVER!! Maveeelosss. Mereka begitu sporting..

Hari pertama " sesi kenal-kenal gitu"

Sempat aku curi tangkap gambar  GB.
nasib dia tak perasan. kalo tak aku yang pengsan.
sori lah bos besaq. ahaa!

Ahli mesyuarat meja empat segi..romi dan nida GB minta perhatian! 

Hari kedua  " Hari berPJK"

model susu milo...peace!!!

ok...semua dapat susu free!!


Hari Ketiga  " Hari jalankan tugasan"

Keep Calm And Do Assignment For SBE


Hari Keempat  " Hari berpinky-pinky"

Motif : Album keluarga. Huk Huk!

Hari Kelima " sukan dan hari bai bai sekolah"

ready to snap!!
 
comel sungguh!!
main tiup belon sampai pecah..
aku paling suka candid budak ni. Nampak x ikhlas gitu..memang kut! hihik

ok semua fokus dekat GB yang nganga mulut..bhahaha!
GB menang!! yang pelik-pelik mohon abaikan..huk huk
bai sekolah jumpa lagi!!

#Imbas#Kembali#

TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRI INI.
SENYUM UNTUK SEMUA ^ _____ ^

Saturday, February 15, 2014

Ada apa pada aksara "S"

Assalamualaikum w.b.t

Siapa yang terer sastera mesti tahu maksud aksara tu apa. Haa semua! cer teka ! hikhik. Pendek ceritanya aksara tu sebenarnya merujuk kepada huruf atau abjad. Kita bersastera sikit malam nih. Toinkkk!

Setiap ibu bapa pasti akan beri nama yang cantik-cantik dan comel-comel dekat anaknya DAN nama yang ibu bapa beri ni pasti ada kelebihan dan maknanya yang tersendiri. Kadang tu ibu bapa siap buat list lagi sampai penuh nama dalam satu kertas tu semata-mata nak pastikan nama yang dipilih untuk anaknya itu paling terbaik, sedap didengar dan cantik maknanya. 

Berbalik kepada huruf  S tadi, pamili aku ni telah dikategorikan oleh jiran tertangga sebagai pamili berkepala "s". Macam mana lah agaknya tu ?? ahaha! Gelaran ini dikasi sebab setiap permulaan nama pamili kami bermula dengan huruf  "s". Sempat jugak jiran tertangga aku ni buat analisis nama. Bagus! Nampak jiran yang prihatin di situ. ahah! Dari abah, emak sampailah sulung ke bongsu semuanya berkepala "s". Patutlah asal bunyi ssss terus diam asal bunyi ssss terus diam..ahah! S untuk semualah !!

Pamili berkepala "S"

Encik Abah : 
Salman Abdullah

Puan Emak : 
Salahah Mohamad

Anak-anaknya :
Shaera Salman
Shazila Salman
Shahrul Nizam Salman
Shahiran Azlan Salman
Shafiq Azizi Salman

# setiap nama yang ibu bapa beri pasti ada makna, kelebihan dan keunikannya tersendiri #

Thanks sudi baca entri kali ni
Senyum untuk semua ^_______^


                       

Monday, February 10, 2014

Tulisan menggambarkan siapa orang itu.

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kehidupan kita Allah S.W.T telah kurniakan dua belah tangan yang ditemani erat oleh jari jemari. Nikmat kurniaan ini membolehkan kita menulis dan terus menulis. Berbeza dengan orang kurang upaya yang hanya mampu menulis menggunakan kaki bagi mengantikan tangan.Berfikir sejenak! setiap orang itu  berbeza tulisan tangannya. Ada yang kecil comel, bulat leper, kurus tegak, condong kiri, ada jugak yang condong kanan dan bermacam macam jenis lagi lah. Kajian yang dilakukan oleh Dato Fadzilah Kamsah ini ada tepatnya jugak. Sebab bila tengok bentuk tulisan aku yang kurus, panjang dan tegak. Nampak ada persamaan seperti yang dicirikan. ahaaa!

Mari kita check bentuk tulisan kita..hehe!

i. Tulisan yang bulat-bulat
Orang ni tulisan dia semua bentuk bulat-bulat dan comel-comel. Seorang yang emosional prihatin, penyayang, kepekaan tinggi.

ii.Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Orang yang tulisan jenis ini pula  bersikap rasional, bekerja dengan sistematik, dan pandai mengurus. Bagusnya!

iii. Condong ke kanan
Dikatakan mempunyai sifat-sifat yang ada pada Individu Extrovert iaitu suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, dan pemurah.

iv. Condong ke kiri
Dikatakan mempunyai sifat-sifat yang ada pada Individu Introvert iaitu suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

v. Tegak
Orang jenis tulisan tegak ni seorang yang sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, dan suka ambil jalan tengah. 

vi. Campur-campur dan tulisan yang berubah-ubah.
Orang ni kadang tulis condong kanan, kadang condong kiri, kadang besar kadang kecil. Sikapnya sebegini menggambarkan emosi tak tetap dan sukar diramal.

vii. Kurus
Bagi  orang yang bentuk tulisan kurus dan langsing orang ni akan melakukan perkara yang digemarinya sahaja.



 Kurus, panjang, dan tegak sebahagian dari hidupku


Pujangga mengatakan " Tulisan merupakan cerminan peribadi " 
dan kadangnya mampu mengambarkan personaliti seseorang. 

Perkongsian#Tulisan# Cerminan#Peribadi#

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini ^___^

Sunday, February 9, 2014

Segmen : Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah

Assalamualaikum w.b.t

Sedang asyik kemaskini blog. Ternampak segmen ni. Menarik!! Mula tu nampak macam agak terlambat tapi bila tengok balik tarikh tamat tempoh segmen ini diteruskan sehingga  28 Februari 2014, peluang untuk join masih terbuka luas. hikhik. Terima kasih Encik Admin kerana teruskan segmen ni! Semarakkan Ukhuwah Eratkan Persaudaraan. Saya dah join. Hikhik.



Jom klik link ni dan join ramai-ramai ^__^


Tuesday, January 28, 2014

Pemilihan warna pakaian ikut hari

Assalamualaikum w.b.t

Pernah tak rasa macam "eh, nak pakai baju warna apa ea esok". Haaa..tentu pernah kan? Sebab!! kadang tu aku pun pernah alaminya dan boleh dikatakan acap kali jugak lah aku kebingungan memilih warna baju yang nak dipakai ni. Nak dijadikan cerita. Aku ada terbelek satu majalah ni. *majalah pe tah* tak engat. hikhik. Dalam majalah tu adalah info-info tentang warna pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari-hari tertentu. Dikatakan juga kalau kita pakai warna ini ikut hari, warna ini akan mempengaruhi aura dan aktiviti seharian kita. Untuk itu, aku nak kongsikan beberapa contoh warna yang kita boleh pakai ikut hari. 


Warna Putih = Hari Isnin
Dikatakan mampu membantu si pemakai menjadi lebih bersemangat dan bersedia hadapi cabaran dengan tenang. Memandangkan hari pertama bekerja or belajar kan? jadi semangat itu perlu. hihi

Warna Merah Jambu atau Unggu = Hari Selasa
Dikatakan mampu membantu seseorang untuk meluahkan perasaan sayang pada pasangan. 

Warna Biru = Hari Rabu
Memberi pengaruh terhadap kemahiran berkomunikasi dan menjadikan diri lebih berani menyuarakan pendapat. Jadi korang! sesiapa yang ada presentation ke apa bolehlah guna warna ni.

Warna Kuning atau Oren = Hari Khamis 
Warna oren atau kuning dikatakan mampu memantulkan tenaga dan menjana IQ yang lebih kreatif. Selain itu, warna oren juga dikatakan mampu meransang sistem kesuburan si pemakai. 

Warna Hijau = Hari Jumaat 
Hijau dikatakan mampu memberi pengisian untuk diri. 

Warna Merah = Hari Sabtu
Secara psikologi warna merah dikatakan mampu membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah.

Warna Hitam = Hari Ahad
Dikatakan mampu membuatkan si pemakai berasa berada dalam zon selesa.

Aku ni berbeza sikit. Disebabkan terlalu suka warna purple. Jadi dalam satu minggu tu berapa kali aku akan pakai warna purple. Tapi memang betul lah. Pemilihan pakaian ikut hari ni mampu menpengaruhi aura, emosi, reaksi kita pada hari tersebut. Tak caye cubalah.

#perkongsian#warna#ikut#hari#

Saturday, January 25, 2014

Surah Al-Mulk benteng azab kubur

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun sibuk dengan urusan duniawi Alhamdulillah aku masih berkesempatan melunaskan saki-baki masa yang tinggal dengan mengamalkan sunnah nabi ni. Pesan mak setiap kali sebelum tidur kalo boleh amalkan membaca surah ni selalu..Sebab! manfaatnya kita akan jauh dari seksa dan azab kubur. Kebiasaanya aku akan membaca surah ni selepas waktu Maghrib sementara tunggu masuk waktu Isyak. Surah ni ada 30 ayat saja. Tak panjang kan? Jadi awak semua, manja-manjakanlah masa yang ada dengan baca surah Al-Mulk ni. Tak rugi pun...hikhik

Manfaat lain yang kita boleh dapat :
  1. Sentiasa berada di bawah naungan sayap Malaikat 
  2. Di hari kiamat rupa akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
  3. Surah ini akan menjadi penyelamat kita.

Buku ni aku jadikan panduan ke arah penyucian jiwa selepas Quran dan Tafsir
Bagus buku ni. Doa, Mathurat, Surah Pilihan, Solat2 sunat semua ada.


Aku juga ada kepilkan gambar ayat-ayat yang terdapat dalam surah Al-mulk

Mudah-mudahan kita  semua sentiasa mendapat syafaat dariNYA

#terima kasih sudi baca entri ini#