Sunday, June 29, 2014

Teknik melipat pakaian dalam bagasi atau beg

Assalamualaikum w.b.t

Pakaian banyak? 
Nak guna ruang bagasi atau beg semaksima mungkin? 
Tapi tak tahu caranya.

Bagi mereka yang suka berjalan sama ada dengan tujuan melancong atau belajar. 
Mungkin ada tikanya masalah ini acap kali berlaku. Sampaikan ada yang stress nak kemas baju. Hihi.
Cara lipat pakaian guna teknik yang betul sebenarnya dapat membantu seseorang menggunakan ruang dalam beg/bagasi semaksima yang mungkin. Kepada yang tak berapa pro sebenarnya teknik mengulung pakaian adalah antara kaedah yang popular digunakan. Dapat jimat ruang engko! Haha. 

Kalo di imbas kembali sewaktu rajin dulu-dulu aku lipat pakaian guna kaedah 4 segi. Supaya nampak lebih kemas, cantik, rapi dan teratur. Tapi sejak dua menjak ini, kaedah tu aku tinggalkan dan aku tukar dengan teknik gulungan baju. Bila tengah malas pon teknik gulungan baju ini menjadi.Gulung-gulung campak..gulung-gulung campak..dan begitulah seterusnya. Jimat masa, tenaga dan ruang! Kenapa? sebab daripada 5 baju (contohnya) menjadi 10 baju yang dapat kita isi dalam bagasi /beg tu. Kata orang membazir tak elok ! Jadi kita perlu maksimumkan penggunaan bagasi yang sepatutnya dimaksimumkan. Berbelit-belit ayat aku ni. HAHA! 

Memang tak dinafikan lipatan gulungan lebih baik daripada lipatan 4 segi tu. 
Teknik tu pon senang je. 

  1. Pertama sekali ambil bagasi yang hendak digunakan. 
  2. Lepas tu, pilih mana-mana pakaian yang hendak dibawa. 
  3. Kemudian.. lipat, gulung dan sumbat pakaian tersebut dalam Beg/ Bagasi. 
  4. Pastikan sumbat pakaian tu dengan menggunakan tekanan yang betul supaya lebih banyak pakaian dapat dimuatkan. 
  5. Dah siap. Bole lah tarik beg/bagasi tu dengan hati gembira. 


Sambil tarik beg bagasi tu, sambil lambaikan tangan anda and say goodbye!! see u again...Hik hik!

thanks for reading dis entry
#enjoy yourself#

Saturday, June 28, 2014

Semester 4 datanglah ia. Lagi 4 sedang menanti.

Assalamualaikum w.b.t

Selama 5 taon 1/2 belajar di IPG
mulanya 2011 dan tamatnya 2016. Sekarang? 2014..
tolak campur darab bahagi  lagi 2 taon tinggal.
masa lak kadangnya rasa cepat dan kadangnya tu rasa mcm aih...lambatnya!

Sepanjang dekat sini gak. Banyak benda yang aku lalui.
Macam ombak membedai pantai. Kadang-kadang ombak kuat.
Kadang-kadang slow and steady. Kata orang sempoi je ombak tu ditiup angin.
Walhal aku ni separuh kuat yang cuba nak menjadi orang yang lebih kuat. Hehe!
Bagi aku hidup ni ada turun naiknya. Kadang kita di bawah. Kadang kita di atas
Dan aku adalah aku. Mcm mana aku begitulah aku. HANYA AKU whooooo whoooo, nyanyi sikit!
So, Be yourself ! not be selfie sokmo..bhahaha!

jom skroll ke ke bawah >>>>


 



Angkat dulang pong bole!! motif kuat bak hang...kihkih!

 Hati yang kuat. Pedang segalanya. In Sha Allah
Thanks for reading dis entri..Peace !!

Ramadhan Tiba. Ramadhan Tiba. Marhaban Ya Ramadhan!

Assalamualaikum w.b.t

Salam ramadhan dari anak rantau.
Jemput karok untuk ambil nikmat ramadhan mulia. kihkih



Ramadhan Tiba...Ramadhan Tiba...Ramadhan Tiba,
MARHABAN YA RAMADHAN.
Sesuai dengan keceriaan lirik-lirik lagunya. 
Diharapkan kita semua sudah bersedia menyambut kedatangan ramadhan 
bulan yang penuh berkah ini dengan tabung tabung pahala ke syurga. In Sha Allah.
Kita tak tahu..seandainya ramadhan kali ni ramadhan yang terakhir. 

..............
Tirai Syaaban sudahpun berlabuh,
Lambaian Ramadhan telahpun TIBA
MARHABAN YA RAMADHAN untuk semua!!
Tingkatkan ibadah dan amalan sunat.     
                                                                                                    
...............
Salam Ramadhan Al Mubarak Semua 
Moga moga kita senantiasa diberkati di bulan yang penuh mahrifah ini.

#happyRamadhanKareem

Wednesday, April 9, 2014

Malu bertanya sesat jalan.

Assalamualaikum w.b.t

" Tersesat malu bertanya. 
  Tak tahu tak tahu ke mana. 
  Terlalu banyak alasannya. 
  Duk terdiam...... "  

Pernah dengar lirik lagu di atas? "Lagu dulu......" pinjam ayat seorang classmate aku jap. ahaks!  abaikan....

Setiap orang ada perasaan malu dalam diri. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim dan ianya juga merupakan sebahagian daripada keimanan. Kalau kita lihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Jangan tak tahu. Malu ini pun mestilah kena pada tempat dan destinasinya. Malu dalam kebanyakan hal adalah PERLU. Tetapi dalam bab ilmu, JANGAN SESEKALI..... > nasihat untuk diri sendiri juga. 

Jangan pula kita malu tak bertempat sebab malu tak bertempat ni lah yang akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan, peluang dan ruang untuk menikmati hidup yang lebih indah. hik hik!


gambar ini dipinjam dari  Enchik Google

Jadi semua, jangan kita malu nak bertanya. Nanti sesat jalan tak boleh gostan pulak..Huk Huk!


Terima kasih sudi baca entri ini 

senyum tak perlu kata apa-apa!
^ _____ ^

Thursday, April 3, 2014

Jangan hakimi sesuatu dari luaran

Assalamualaikum w.b.t 


"Jangan hakimi sesuatu dari luarannya tapi nilailah dari dalamnya"

Setuju sangat dengan kata-kata ini. Bila diimbas kembali, aku sangat rindu dengan suasana sekolah SJKT yang julung-julung kalinya aku pergi untuk SBE " School Based Experience." selepas Sekolah Kebangsaan.
SJKT(L) Sabak Bernam,Selangor. Ya.. inilah sekolahnya. Sangat terharu sekali seorang guru besar sanggup menyambut dan menantikan kedatangan murid-murid di depan pagar sekolah setiap hari seawal pagi. Depan pagar.... sangat awesome!! Oh Maii...jarang-jarang sekali Guru Besar yang macam ni even mukanya macam singa nak makan mangsa pun. bhahaaha!

Bukan setakat guru besar cikgu-cikgunya pon sangatlah sporting. Beznya kalau dapat posting kat sini. Huk Huk! Makan minum ditaja. Rasa bersalah pula. Tapi kalo dah ditaja apalagi tinggal order yg sodap2 lerr ahaa! Comel sungguh mereka! ayat pertama yang aku ungkap sebaik saja kaki melepasi pagar sekolah. Kecomelan mereka tu buat aku risau tak dapat mengajar. Mohon diri terkawal..ahaa!! Dulu aku fikir..Alahhh, sekolah Tamil? Ladang? estet? Boleh ke mereka terima pengajaran? macam mana nak mengajar? Segala macam persoalan ini buat aku susah hati. DAN ternyata segala sangkaan negatif aku terhadap SJKT ini terkubu.Memang jauh sekali dengan apa yang disangkakan. So DON'T JUDGE  BOOK BY ITS  COVER!! Maveeelosss. Mereka begitu sporting..

Hari pertama " sesi kenal-kenal gitu"

Sempat aku curi tangkap gambar  GB.
nasib dia tak perasan. kalo tak aku yang pengsan.
sori lah bos besaq. ahaa!

Ahli mesyuarat meja empat segi..romi dan nida GB minta perhatian! 

Hari kedua  " Hari berPJK"

model susu milo...peace!!!

ok...semua dapat susu free!!


Hari Ketiga  " Hari jalankan tugasan"

Keep Calm And Do Assignment For SBE


Hari Keempat  " Hari berpinky-pinky"

Motif : Album keluarga. Huk Huk!

Hari Kelima " sukan dan hari bai bai sekolah"

ready to snap!!
 
comel sungguh!!
main tiup belon sampai pecah..
aku paling suka candid budak ni. Nampak x ikhlas gitu..memang kut! hihik

ok semua fokus dekat GB yang nganga mulut..bhahaha!
GB menang!! yang pelik-pelik mohon abaikan..huk huk
bai sekolah jumpa lagi!!

#Imbas#Kembali#

TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRI INI.
SENYUM UNTUK SEMUA ^ _____ ^

Saturday, February 15, 2014

Ada apa pada aksara "S"

Assalamualaikum w.b.t

Siapa yang terer sastera mesti tahu maksud aksara tu apa. Haa semua! cer teka ! hikhik. Pendek ceritanya aksara tu sebenarnya merujuk kepada huruf atau abjad. Kita bersastera sikit malam nih. Toinkkk!

Setiap ibu bapa pasti akan beri nama yang cantik-cantik dan comel-comel dekat anaknya DAN nama yang ibu bapa beri ni pasti ada kelebihan dan maknanya yang tersendiri. Kadang tu ibu bapa siap buat list lagi sampai penuh nama dalam satu kertas tu semata-mata nak pastikan nama yang dipilih untuk anaknya itu paling terbaik, sedap didengar dan cantik maknanya. 

Berbalik kepada huruf  S tadi, pamili aku ni telah dikategorikan oleh jiran tertangga sebagai pamili berkepala "s". Macam mana lah agaknya tu ?? ahaha! Gelaran ini dikasi sebab setiap permulaan nama pamili kami bermula dengan huruf  "s". Sempat jugak jiran tertangga aku ni buat analisis nama. Bagus! Nampak jiran yang prihatin di situ. ahah! Dari abah, emak sampailah sulung ke bongsu semuanya berkepala "s". Patutlah asal bunyi ssss terus diam asal bunyi ssss terus diam..ahah! S untuk semualah !!

Pamili berkepala "S"

Encik Abah : 
Salman Abdullah

Puan Emak : 
Salahah Mohamad

Anak-anaknya :
Shaera Salman
Shazila Salman
Shahrul Nizam Salman
Shahiran Azlan Salman
Shafiq Azizi Salman

# setiap nama yang ibu bapa beri pasti ada makna, kelebihan dan keunikannya tersendiri #

Thanks sudi baca entri kali ni
Senyum untuk semua ^_______^


                       

Monday, February 10, 2014

Tulisan menggambarkan siapa orang itu.

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kehidupan kita Allah S.W.T telah kurniakan dua belah tangan yang ditemani erat oleh jari jemari. Nikmat kurniaan ini membolehkan kita menulis dan terus menulis. Berbeza dengan orang kurang upaya yang hanya mampu menulis menggunakan kaki bagi mengantikan tangan.Berfikir sejenak! setiap orang itu  berbeza tulisan tangannya. Ada yang kecil comel, bulat leper, kurus tegak, condong kiri, ada jugak yang condong kanan dan bermacam macam jenis lagi lah. Kajian yang dilakukan oleh Dato Fadzilah Kamsah ini ada tepatnya jugak. Sebab bila tengok bentuk tulisan aku yang kurus, panjang dan tegak. Nampak ada persamaan seperti yang dicirikan. ahaaa!

Mari kita check bentuk tulisan kita..hehe!

i. Tulisan yang bulat-bulat
Orang ni tulisan dia semua bentuk bulat-bulat dan comel-comel. Seorang yang emosional prihatin, penyayang, kepekaan tinggi.

ii.Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Orang yang tulisan jenis ini pula  bersikap rasional, bekerja dengan sistematik, dan pandai mengurus. Bagusnya!

iii. Condong ke kanan
Dikatakan mempunyai sifat-sifat yang ada pada Individu Extrovert iaitu suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, dan pemurah.

iv. Condong ke kiri
Dikatakan mempunyai sifat-sifat yang ada pada Individu Introvert iaitu suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

v. Tegak
Orang jenis tulisan tegak ni seorang yang sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, dan suka ambil jalan tengah. 

vi. Campur-campur dan tulisan yang berubah-ubah.
Orang ni kadang tulis condong kanan, kadang condong kiri, kadang besar kadang kecil. Sikapnya sebegini menggambarkan emosi tak tetap dan sukar diramal.

vii. Kurus
Bagi  orang yang bentuk tulisan kurus dan langsing orang ni akan melakukan perkara yang digemarinya sahaja.



 Kurus, panjang, dan tegak sebahagian dari hidupku


Pujangga mengatakan " Tulisan merupakan cerminan peribadi " 
dan kadangnya mampu mengambarkan personaliti seseorang. 

Perkongsian#Tulisan# Cerminan#Peribadi#

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini ^___^