Sunday, September 27, 2015

Ruang Rindu

Assalamualaikum..

Sudah seminggu berlalu. Rasa rindu itu hadir. Dan pastinya akan hadir bila dah sayang, Nakal, Tak Dengar Cakap, Main-Main.Itu semua perkara yang tidak lari dari zaman keanakan.Kita juga begitu dahulu. Tidak Terlepas dari zaman keanakan. Kekadang waktu dewasa juga kita bersikap begitu. Kerana perwatakan itu menceriakan hari. Mereka merindui aku, dan aku juga begitu.Memang..menjadi insan pendidik besar cabarannya, selama dua bulan banyak yang telah aku belajar dan perkara itu mematangkan aku.terkadang rasa sedih..Sedih tatkala melihat anak murid leka dengan duniawi terlampau terdedah dengan pelbagai gadjet.Pelajaran hampir diketepikan.

Bukan tak boleh.Tapi itulah perkara yang akan membawa kepada keadaan yang kurang senang.Pengalaman aku sendiri, pernah berhadapan dengan situasi murid tahun empat menulis surat cinta mengajak kawan perempuan midnight. Zaman dulu tahun empat masih hingus hijau lagi, main berebut tiang. Sekarang? tahun empat bagaimana? kecil-kecil dan pandai. Maka, sebagai bakal pendidik inilah tanggungjawab yang perlu ditanam ketat-ketat. Tugas guru tidak hanya mengajar semata-mata, tapi memanusiakan manusia. Usahawan menghasilkan produk. Guru? produknya manusia. Membentuk manusia menjadi insan yang berguna.

"Layan yang kiri yang kanan terasa. Layan yang kanan yang kiri terasa. Maka, jangan pernah kamu abaikan layanan sama rata, kerna itu kunci rasa kasih sayang anak murid terhadap gurunya".





Terobek praktikum dua bulan,tiga bulan menanti,dan situasi menjadi guru sebenar akan kau rasai tidak lama lagi, Semoga diri ini tetap tidak gentar, tabah dan kuat dalam melayani kepelbagaian karenah anak kecil yang dipanggil murid suatu hari nanti.


Wednesday, February 4, 2015

Craving to cook!!

Assalamualaikum..

"I wen to bek hom"

Rindu rumah..
Rindu dapur..
Rindu kuali..
Rindu periuk..
Rindu senduk..
Rindu sudip..
Last statement rindu nak jadi bibik *winkwink

Kalau la kat bilik asrama IPG dibenarkan memasak. Seronoknya kan.
Akan tetapi..tak boleh! yang ada rice cooker pon kena guna senyap-senyap. Sodihnya!
Tak pa. Balik kampung nanti nak date dengan dapur puas puas. Hewhew!
Masak nasi kerabu, laksam.yum yum! miss this food.
Nak buat murtabak meggi sebab benda nih sedap!

Simple dan sangat mudah untuk membuatnya.

Hanya perlukan bahan-bahan seperti :

  • Maggi ,telur, daging kisar @ Ayam @ Udang (ikut selera masing-masing nak letak sosej pon boleh),Sedikit carrot (dipotong dadu), cili padi (dipotong halus),1 labu bawang besar (dipotong dadu), sayur campur,secukup rasa.
  • 1 paket maggi=2biji telur

Cara masaknya yang sangat senang: 
  1. Celur maggi sampai kembang dan toskan air sehingga kering
  2. Gaul dua biji telur dengan sayur campur, daging kisar yang dimasak sehingga sebati. (Tak nak letak daging gantikan dengan sosej pon bole). Masukkan secukup rasa.
  3. Maggie dah kembang gaulkan maggi tersebut dengan bahan-bahan dalam step 2 tadi
  4. Panaskan sedikit minyak ( anggaran 2 sudu besar minyak) di dalam kuali, masak bahan yang telah digaul dalam step 3 tadi sehingga masak @ garing.
  5. Murtabak dah masak, bolehlah dihidangkan di atas meja. Nak sedap tambah sos cili, mayonis dan sos tiram banyak-banyak.And then boleh makan. Hehe!
Murtabak maggi yang dimasak menggunakan dapur kiosk IPG semalam. HEHE!


Masak & makan panas2 waktu petang sangat menyelerakan.Ditambah lagi dengan secawan tea..Yumyum!
SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA.

Monday, February 2, 2015

Enchanteur Paris

Assalamualaikum dan selamat tengahari : D
Thaipusam hari ini. Cuti sehari. Hehe!

Panas-panas mentari macam ni,
Sangat best mandi lama-lama. Sejukkan badan.
Seolah-olah bilik air tu kita yang punya. *winkwink

Lepas mandi mesti kena wangi-wangi. 
kan kan?
till now..I'm still setia dengan Enchanteur.
de Enchanteur make me feel oh sweetnya. 
aromanya jelas terasa..
Macam gula gula kapas. Hehe.

Semanis enchanteur.
Begitulah si penggunanya..
Betul awak saia tidak tipu ni. Mengada jap! 
Buat yang bertanya tu..
Ehem ehem pastinya "zila pakai ni la" Pecah rasia. Hewhew!

"The first whiff of romance"
uhuksss uhukss terbatuk batuk tengok statement enchanteur tu. Hihi
Maybe ni faktor sampingan yang menjadi jawapan why i like "bermanis-manis".
So..let's indulge with enchanteur..heeee

feberet...

skang guna yang ni..hehe
warna purple  paling suka
maniskan dirimu selalu...

Somebody To You

Yeah, you!
Yeah, you!

I used to wanna be
Living like there's only me
But now I spend my time
Thinking 'bout a way to get you off my mind
(Yeah, you)

I used to be so tough
Never really gave enough
And then you caught my eye
Giving me the feeling of a lightning strike
(Yeah, you)

Look at me now, I'm falling
I can't even talk, still stuttering
This ground of mine keeps shaking
Oh oh oh, now

All I wanna be
Yeah, all I ever wanna be, yeah, yeah
Is somebody to you

Everybody's tryna be a billionaire
But every time I look at you I just don't care
'Cause all I wanna be
 Yeah, all I ever wanna be, yeah, yeah
Is somebody to you
(Yeah, you)

I used to run around
I didn't wanna settle down
But now I wake each day
Looking for a way that I can see your face
(Yeah, you)

I've got your photograph
But baby I need more than that
I need to know your lips
Nothing ever mattered to me more than this
(Yeah, you)

Look at me now, I'm falling
I can't even talk, still stuttering
All I wanna be
Yeah, all I ever wanna be, yeah, yeah, yeah, yeah
(Yeah, you)

'Cause all I wanna be
Yeah, all I ever wanna be, yeah, yeah
Is somebody to you
Yeah, you!
Yeah, you!


#somebody to you_the vamps#

Wednesday, January 28, 2015

Derma Darah

Assalamualaikum...

TIDAK CUKUP BERAT !! Masalah ini yang selalu timbul bila nak menderma. 43kg berat (kelayakkan menderma 45kg ke atas), hemoglobin normal (peluang menderma ada walaupun tipis). Saat itu aku rasakan tak salah kalau kita cuba. Kalau tak dapat sekurang kurangnya niat nak membantu mereka yang perlukan darah ni ada. First step of all. Dengan nekadnya pergi ambil borang dan isi. Dalam hati "hurmm,dapat tak ni..layak ke ni..kalo tak dapat ". Ketaq lutut!!

Done isi borang  maju ke tempat pertama. Tempat ni paling risau sebab aku takut kena reject.
Sampai giliran aku abang jururawat pelik tengok dan suruh timbang dulu berat badan. ALAMAK!! mesti tak lepas ni. "pecat kasut, naik atas penimbang keputusan 43kg berat". bila abang nurse tengok penimbang aku terus buat muka innocent. Walaupun berat 43kg, abang nurse tu tulis kat buku rekod dia 45kg. Mungkin dia faham keingginan dan nekadku yang teringgin nak menderma. Mungkin juga dia mengerti hasratku tambah2 waktu itu muka kesian yang penuh harapan aku tunjuk supaya dapat status layak menderma tu. Alhamdulillah..aku diterima dan layak menderma. Betul apa orang kata, kalau kita ikhlas nak bantu orang insya'Allah Allah mudahkan.Senyum lebar.

Tempat kedua tempat Check Up Jenis darah, Tekanan darah, BMI. Hasilnya:
  1. Jenis Kumpulan Darah O 
  2. Tekanan Darah 12.9
  3. BMI: Anda sihat (berat 43, tinggi 148)
  4. Kuantiti darah boleh diderma : 350 ml

350ml darah didermakan


Tempat ketiga tempat lengan "dicucuk jarum" dan "disedut darah". Rasa teruja, tetapi takut. Sebab ini kali pertama derma. Tibanya giliran dicucuk akak nurse tanya "badan kechik berapa berat dik?".Dengan selambanya ku jawab 45kg nurse. Padahal hurm.. Maafkan zila ye nurse. Hehe! Alhamdulillah sesi  keluarkan darah dari badan berjalan lancar. Sakitnya macam kena gigit semut sangat manis. Bila sekali dah derma rasa macam nak derma lagi.Hehe! bersyukur sangat dpt jadi penderma dan dapat bantu mereka yang perlukan darah.

setitik darah yang diderma dapat menyelamatkan nyawa penerima
si muka pucat bersama bodyguard yang sentiasa ada dibelakang

P/S: Jika kita mempunyai niat yang ikhlas. Apa yang susah Insya'Allah dipermudahkanNya

Thanks reading this entry

Monday, January 26, 2015

AdaMu

Assalamualaikum w.b.t


Saat ku merenung keluar jendela.
ku lihat kebesaran dan kekuasaanNya.
lalu terkenang akan sesuatu perasaan 
yang tidak dapat dihuraikan
datangnya tanpa disedari
rasanya semakin dirasai

I'm thinking out loud .....

Jika benar
Kau berikanlah aku kekuatan
Agar aku dapat berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Bantulah aku mencari keredhaan

#I'm thinking out loud_daftpunk#


Friday, January 16, 2015

Aku Rindu

Assalamualaikum

Entah kenapa 
Tika dan saat ini
Aku merasakan sesuatu dalam diriku.
Aku rindu..
Aku rindu..
Ya, aku rindu..
Rindukan seorang insan yang bernama Abah

Abah....
Dahulu tubuhmu kekar dan tulangmu begitu kuat, 
Kini semuanya melemah dan mulai merapuh 
Seiring berjalannya waktu dan usia, 
Semua itu kau pertaruhkan
Agar aku yang berada di sampingmu ini tumbuh membesar
Menjadi  orang yang berguna bagi semua orang. 

Dewasanya aku
Pahit getir yang dilalui kini makin ku mengerti,
Mampukah aku membalasnya?
Mampukah....


Dear abah.. you"re my hero.