Sunday, September 27, 2015

Ruang Rindu

Assalamualaikum..

Sudah seminggu berlalu. Rasa rindu itu hadir. Dan pastinya akan hadir bila dah sayang, Nakal, Tak Dengar Cakap, Main-Main.Itu semua perkara yang tidak lari dari zaman keanakan.Kita juga begitu dahulu. Tidak Terlepas dari zaman keanakan. Kekadang waktu dewasa juga kita bersikap begitu. Kerana perwatakan itu menceriakan hari. Mereka merindui aku, dan aku juga begitu.Memang..menjadi insan pendidik besar cabarannya, selama dua bulan banyak yang telah aku belajar dan perkara itu mematangkan aku.terkadang rasa sedih..Sedih tatkala melihat anak murid leka dengan duniawi terlampau terdedah dengan pelbagai gadjet.Pelajaran hampir diketepikan.

Bukan tak boleh.Tapi itulah perkara yang akan membawa kepada keadaan yang kurang senang.Pengalaman aku sendiri, pernah berhadapan dengan situasi murid tahun empat menulis surat cinta mengajak kawan perempuan midnight. Zaman dulu tahun empat masih hingus hijau lagi, main berebut tiang. Sekarang? tahun empat bagaimana? kecil-kecil dan pandai. Maka, sebagai bakal pendidik inilah tanggungjawab yang perlu ditanam ketat-ketat. Tugas guru tidak hanya mengajar semata-mata, tapi memanusiakan manusia. Usahawan menghasilkan produk. Guru? produknya manusia. Membentuk manusia menjadi insan yang berguna.

"Layan yang kiri yang kanan terasa. Layan yang kanan yang kiri terasa. Maka, jangan pernah kamu abaikan layanan sama rata, kerna itu kunci rasa kasih sayang anak murid terhadap gurunya".





Terobek praktikum dua bulan,tiga bulan menanti,dan situasi menjadi guru sebenar akan kau rasai tidak lama lagi, Semoga diri ini tetap tidak gentar, tabah dan kuat dalam melayani kepelbagaian karenah anak kecil yang dipanggil murid suatu hari nanti.


2 comments:

  1. Tahniah sbb tak lame lg jadi cikgu sebenar. Dahsyat jugak sebenarnya cabaran jadi cikgu ni. Huhu. Betul2 menguji kesabaran. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ana. Mental fizikal jiwa raga semua kena kuat. Huhu.

      Delete