Friday, October 16, 2015

Projek Laksa Sarawak

Assalamualaikum

Pernah makan Laksa Sarawak? sangatlah sedap laksa sarawak tu. Hee! aku mula menjadi hantu laksa sarawak ni sejak 2 tahun yang lepas. Ika yang perkenalkan laksa ni. Setiap kali cuti dan dia balik sarawak pasti dia tak lupa untuk bertanya kepada aku nak paste laksa sarawak tak?  Sebab memang dia tahu aku sangat suka makan laksa tu dan sampai sekarang aku still jadi hantu laksa sarawak ni. Seriously awak sedap. Hiks! Cara masak laksa Sarawak ni juga amat simple dan mudah.

Satu hari tu kami classmates ada plan buat projek laksa Sarawak dan makan ramai-ramai. Lucu bila ingat balik peristiwa time memasak sama-sama di bilik rehat blok kediaman. Disebabkan terlampau banyak guna alat memasak dan guna pula secara serentak jadi berlaku lintar pintas di aras blok tu. Mulalah kami risau dan macam pelarian angkut barang berpindah ke tempat lain untukmasak supaya orang lain tak tahu punca kenapa boleh berlaku blackout di aras blok tu. Jahatnya kami. Tapi tidak mengapa demi projek Laksa Sarawak. Hee!


 Paste yang Haji Manan .  paste ni sedap!

Tadaaaa...


Bukit Tinggi, Pahang.

Assalamualaikum

Bukit Tinggi, Pahang. You should be here! Cantik tempat ni. Feeling luar negara sekejap sebab rekaannya tu. Hihiks. Macam mana aku boleh sampai ke sini sebab member Sarawak yang ajak. Mula-mula aku ingat tempat ni tempat Hiking sebab sehari sebelum pergi kat sini aku pergi berhiking dulu. Balik tengahari ke IPG badan penat dan sampai ke malam penatnya still tak hilang hilang. Dapat pula mesej dari Carol yang berbunyi "Awak, nak pergi bukit tinggi tak besok?" Dengan pantas aku balas "bukit tinggi kat ner awak? Tinggi sangat tak?" Haha! nampak tak kepenatan berhiking pada hari tu ketara tak hilang sampaikan member ajak pergi tempat peranginan pun aku ingat tempat hiking sebab bila nampak ja nama "Bukit" tanpa melihat perkataan "Tinggi" di belakangnnya minda aku yang letih ini menafsirkannya ok pergi hiking. See, jelas terpancar kemamaian.

Mujur dipesan awal-awal pakai cantik cantik. Kalau tidak mungkin sehelai tshirt dan seluar sukan aku pakai pada waktu tu. Hiks! Classmate yang turut serta pergi sini Jeremy, carol, muneq, zulaikha dan aku. Kami berlima berhoneymoon separuh hari sahaja sebab keesokkan harinya ada kelas. Dari Ipg Ipoh  ke Bukit Tinggi ambil masa hampir 3 jam. Sampai ja di sana kami bergopro puas-puas! Harga tiket masuk berpatutan iaitu RM 13 bagi dewasa. Dari sudut makanan awal-awal kami dah tapau sebab makanan kat sana mahal-mahal. Dengan bertapaukan nasi ayam mamaklah kami mengisi perut kosong dan menjamu selera di Bukit Tinggi. Kenyang dan terus cergas lepas makan nasi mamak tu. Heee!



view dari atas

mesyuarat tingkap dengan zue
fokus berjalan, kamera tak pandang

Donggakkan kepala..

Hai saya Jeremy, Dia Carol. Hiks!

Muneq




Bila kamu mempunyai ruang dan peluang berjalanlah mengenal tempat orang. Bukannya selalu dan dari situ kamu akan merasai  ketenangan yang membawa kepuasan.  


Hiking

Assalamualaikum

Untuk entri kali ini, sedikit cerita tentang hiking aku nak kongsikan.Aktiviti hiking atau mendaki ni sebenarnya  satu aktiviti yang sangat seronok dilakukan dan aku suka. Siapa yang minat sahaja akan merasainya. Percayalah! Sebab apa aku berkata begitu sebab dari situ kita dapat bercinta dengan alam iaitu dengan cara menikmati keindahan alam yang Allah sediakan ini. Nak panjat bukit ni stamina kena kuat tau. Tapi aku takda buat apa pun. Main belasah ja. Akibatnya keesokkan hari selepas berhiking bila bangun dari tidur ko akan rasa sakit kaki tu. Pastu mulalah berjalan bersepah macam orang tak betul dah gara-gara kaki sakit. Haha! Jadi kat sini membina kekuatan stamina itu adalah sangat perlu. Take note ya!



Destinasi :
Bukit Bangkong Tanah Hitam, Chemor, Perak.

Teka yang mana saya. Jawab dengan betul. hiks!




Destinasi :
Bukit Kledang , Menglembu Ipoh, Perak.

sepertiga ketinggian puncak



puncak  bukit paling atas 5km track


Yang paling penat dan mencabar adalah Bukit Kledang. Kami naik jam 7.30 pagi sampai di puncak Bukit Jam 9.50. Berbanding di bukit bangkong yang hanya lebih kurang 40 minit. 

Happy Hiking...Next Location ???


Sunday, September 27, 2015

Ruang Rindu

Assalamualaikum..

Sudah seminggu berlalu. Rasa rindu itu hadir. Dan pastinya akan hadir bila dah sayang, Nakal, Tak Dengar Cakap, Main-Main.Itu semua perkara yang tidak lari dari zaman keanakan.Kita juga begitu dahulu. Tidak Terlepas dari zaman keanakan. Kekadang waktu dewasa juga kita bersikap begitu. Kerana perwatakan itu menceriakan hari. Mereka merindui aku, dan aku juga begitu.Memang..menjadi insan pendidik besar cabarannya, selama dua bulan banyak yang telah aku belajar dan perkara itu mematangkan aku.terkadang rasa sedih..Sedih tatkala melihat anak murid leka dengan duniawi terlampau terdedah dengan pelbagai gadjet.Pelajaran hampir diketepikan.

Bukan tak boleh.Tapi itulah perkara yang akan membawa kepada keadaan yang kurang senang.Pengalaman aku sendiri, pernah berhadapan dengan situasi murid tahun empat menulis surat cinta mengajak kawan perempuan midnight. Zaman dulu tahun empat masih hingus hijau lagi, main berebut tiang. Sekarang? tahun empat bagaimana? kecil-kecil dan pandai. Maka, sebagai bakal pendidik inilah tanggungjawab yang perlu ditanam ketat-ketat. Tugas guru tidak hanya mengajar semata-mata, tapi memanusiakan manusia. Usahawan menghasilkan produk. Guru? produknya manusia. Membentuk manusia menjadi insan yang berguna.

"Layan yang kiri yang kanan terasa. Layan yang kanan yang kiri terasa. Maka, jangan pernah kamu abaikan layanan sama rata, kerna itu kunci rasa kasih sayang anak murid terhadap gurunya".





Terobek praktikum dua bulan,tiga bulan menanti,dan situasi menjadi guru sebenar akan kau rasai tidak lama lagi, Semoga diri ini tetap tidak gentar, tabah dan kuat dalam melayani kepelbagaian karenah anak kecil yang dipanggil murid suatu hari nanti.


Wednesday, February 4, 2015

Craving to cook!!

Assalamualaikum..

"I wen to bek hom"

Rindu rumah..
Rindu dapur..
Rindu kuali..
Rindu periuk..
Rindu senduk..
Rindu sudip..
Last statement rindu nak jadi bibik *winkwink

Kalau la kat bilik asrama IPG dibenarkan memasak. Seronoknya kan.
Akan tetapi..tak boleh! yang ada rice cooker pon kena guna senyap-senyap. Sodihnya!
Tak pa. Balik kampung nanti nak date dengan dapur puas puas. Hewhew!
Masak nasi kerabu, laksam.yum yum! miss this food.
Nak buat murtabak meggi sebab benda nih sedap!

Simple dan sangat mudah untuk membuatnya.

Hanya perlukan bahan-bahan seperti :

  • Maggi ,telur, daging kisar @ Ayam @ Udang (ikut selera masing-masing nak letak sosej pon boleh),Sedikit carrot (dipotong dadu), cili padi (dipotong halus),1 labu bawang besar (dipotong dadu), sayur campur,secukup rasa.
  • 1 paket maggi=2biji telur

Cara masaknya yang sangat senang: 
  1. Celur maggi sampai kembang dan toskan air sehingga kering
  2. Gaul dua biji telur dengan sayur campur, daging kisar yang dimasak sehingga sebati. (Tak nak letak daging gantikan dengan sosej pon bole). Masukkan secukup rasa.
  3. Maggie dah kembang gaulkan maggi tersebut dengan bahan-bahan dalam step 2 tadi
  4. Panaskan sedikit minyak ( anggaran 2 sudu besar minyak) di dalam kuali, masak bahan yang telah digaul dalam step 3 tadi sehingga masak @ garing.
  5. Murtabak dah masak, bolehlah dihidangkan di atas meja. Nak sedap tambah sos cili, mayonis dan sos tiram banyak-banyak.And then boleh makan. Hehe!
Murtabak maggi yang dimasak menggunakan dapur kiosk IPG semalam. HEHE!


Masak & makan panas2 waktu petang sangat menyelerakan.Ditambah lagi dengan secawan tea..Yumyum!
SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA.

Monday, February 2, 2015

Enchanteur Paris

Assalamualaikum dan selamat tengahari : D
Thaipusam hari ini. Cuti sehari. Hehe!

Panas-panas mentari macam ni,
Sangat best mandi lama-lama. Sejukkan badan.
Seolah-olah bilik air tu kita yang punya. *winkwink

Lepas mandi mesti kena wangi-wangi. 
kan kan?
till now..I'm still setia dengan Enchanteur.
de Enchanteur make me feel oh sweetnya. 
aromanya jelas terasa..
Macam gula gula kapas. Hehe.

Semanis enchanteur.
Begitulah si penggunanya..
Betul awak saia tidak tipu ni. Mengada jap! 
Buat yang bertanya tu..
Ehem ehem pastinya "zila pakai ni la" Pecah rasia. Hewhew!

"The first whiff of romance"
uhuksss uhukss terbatuk batuk tengok statement enchanteur tu. Hihi
Maybe ni faktor sampingan yang menjadi jawapan why i like "bermanis-manis".
So..let's indulge with enchanteur..heeee

feberet...

skang guna yang ni..hehe
warna purple  paling suka
maniskan dirimu selalu...

Somebody To You

Yeah, you!
Yeah, you!

I used to wanna be
Living like there's only me
But now I spend my time
Thinking 'bout a way to get you off my mind
(Yeah, you)

I used to be so tough
Never really gave enough
And then you caught my eye
Giving me the feeling of a lightning strike
(Yeah, you)

Look at me now, I'm falling
I can't even talk, still stuttering
This ground of mine keeps shaking
Oh oh oh, now

All I wanna be
Yeah, all I ever wanna be, yeah, yeah
Is somebody to you

Everybody's tryna be a billionaire
But every time I look at you I just don't care
'Cause all I wanna be
 Yeah, all I ever wanna be, yeah, yeah
Is somebody to you
(Yeah, you)

I used to run around
I didn't wanna settle down
But now I wake each day
Looking for a way that I can see your face
(Yeah, you)

I've got your photograph
But baby I need more than that
I need to know your lips
Nothing ever mattered to me more than this
(Yeah, you)

Look at me now, I'm falling
I can't even talk, still stuttering
All I wanna be
Yeah, all I ever wanna be, yeah, yeah, yeah, yeah
(Yeah, you)

'Cause all I wanna be
Yeah, all I ever wanna be, yeah, yeah
Is somebody to you
Yeah, you!
Yeah, you!


#somebody to you_the vamps#