Tuesday, May 7, 2013

Gelak-gelak itu mampu menghilangkan stress..

Assalamualaikum..

Stress? Pernah korang alaminya? tentu pernah betul tak?
tidak dinafikan semua orang akan mengalami stress sama ada secara langsung atau tidak langsung bergantung kepada bagaimana keadaan atau situasi itu menyebabkan seseorang menjadi stress..


Gelak tawa merupakan ubat panadol terbaik yang mampu dilakukan untuk menangani masalah stress. Maka dengan itu, cara sampingan yang seringkali haqu gunakan untuk menghilangkan rasa tertekan ini adalah dengan tengok movie atau rancangan yang boleh merangsang tingkah laku ku bergelak ketawa melalui suara..bhahahahaha. 


Mujur ada lelaki berlari atau istilah lainnya"Running Man". Rancangan inilah yang acap kali menjadi belangkas haqu. Menurut kajian, dengan ketawa juga seseorang itu mampu untuk kelihatan awet muda kerana dengan tertawa hati kita akan senang dan rasa tekanan itu akan hilang dengan seketika. Tetapi harus diingat ini hanyalah cara sampingan semata-mata dan yang paling terbaik daripada kalangan yang baik adalah dengan membaca Quran bagi umat yang beragama islam..=)

Gambar ini dipinjam dari encik .google

p/s ceriakan hidupmu dengan seribu senyuman=) 


Thursday, May 2, 2013

APAKAH PERSONALITI DIRI ANDA???


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..jari jemari ini terasa rajin menonjolkan bakatnya menari-nari di sebalik huruf  yang terdapat di keyboard ini. Sudahkah korang mendongak kepala melihat persoalan di atas? isu yang hendak dibicarakan hari ini sebenarnya adalah berkaitan dengan personaliti diri. (mentang-mentang aku ambil subjek PKK sem ini. haha) Untuk memudahkan kefahaman anda haqu akan salin  dan tampal semula persoalan ini. APAKAH PERSONALITI DIRI ANDA???.

Tidak dinafikan, mungkin ada di antara korang yang tertanya-tanya tentang jenis personaliti yang dimiliki. Untuk makluman korang, sebenarnya personaliti ini dapat dikategorikan kepada 3 jenis iaitu personaliti jenis EKSTROVEIT, personaliti jenis INTROVET dan personaliti jenis AMBIVET (Carl Jung 1923).Bagi mengenali jenis personaliti diri korang, mari kita meneliti fakta yang terdapat di bawah ini:


AKU INDIVIDU EKSTROVEIT
  1. Aku suka kepada pergaulan dan suka bercampur dengan orang lain.
  2. Aku suka kepada kebebasan (merdeka....merdeka..merdeka..!!)
  3. Ciri-ciri lain personalitiku ialah peramah, tidak mudah risau, sangat aktif, suka bersosial, mesra, gemarkan aktiviti luar dan aku seorang yang suka bergembira (happy humanimisme).
  4. Aku juga seorang yang cepat marah, tetapi jangan khuatir kemarahan ini tidak disimpan lama (inilah salah satunya kelebihan yang ada pada diriku).
AKU INDIVIDU INTROVET
  1. Aku kurang suka kepada pergaulan dan lebih mengambil berat tentang diri sendiri.
  2. Aku seorang yang pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, dan seorang yang cermat.
  3. Aku juga seorang yang sentiasa bersedia menanggung risiko dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerja.. (ini kelebihanku yang bergelar individu introvet..ko hada?)
  4. Aku tidak mudah marah tetapi jika aku marah perasaan itu akan berpanjangan (awas!!)
AKU INDIVIDU AMBIVET
  1. Aku memiliki kedua-dua personaliti yang ada pada Sang EKSTROVEIT dan Sang INTROVET
  2. Dan personalitiku juga adalah 50:50 seperti aktif, sensitif, optimistik dan dalam masa yang sama suka berseorangan.Inilah antara ciri-ciri personalitiku.

Moral of the story : Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza-beza.Semoga anda dapat mengesan    
           dan mengenali personaliti yang ada pada diri..terima kasih atas bacaannya=)


Monday, April 22, 2013

Pengalaman Berasaskan sekolah (PBS)-JOHOR PART II

Assalamualaikum w.b.t

Selamat sore, mesti korang tertunggu-tunggu Entry PBS haqu di Johorian.Untuk pengetahuan  korang, first day haqu kat sekolah ni ma'enkcik-ma'encik kantin kat sekolah tu ingat aqu ni budak darjah 6..aishhh, biaq betui!! takkan muda sangat kan dan yang membezakan haqu dgn anak murid hanyalah pakaian semata-mata..nampak tak situasi ni?? renung-renungkan dan paham-pahamkan.

Mujur haqu ditemani mr.Vincci..TERIMA KASIH VINCCI-VINCCI.kerana dialah haqu berjaya menambah ketinggian sebanyak 1 inci....ko hada??Masa kat sekolah juga aqu jumpa murid darjah 3 yang terlampau exCITEDDD!! sebaik camera dikeluarkan mereka terus excited berposing.lantak apa nak jadi mereka tak kisah. Nak Tengok? Lihatlah situasi  keEXCITEDan dorang kat bawah ini.


 
terbukti!!!

CekG00 dibuli  cekG00.....ded means??? 

biarkan gambar berbicara.

Haaaa..kat sekolah ini juga haqu terjumpa si UPIN dan si IPIN..
mesti korang x caye kan??
meh sini haqu tunjuk kat hampa..

 hai...saya eeepinn...
saya pula Upinnn...heeeee

m.o.de.story. Majulah PBS untuk sekolah.!!
sampai di sini dulu entry untuk kali ni.
thanks for reading this entry...Lobee EU ollsss..=)

Saturday, March 23, 2013

AKU DI JOHORIAN- PART I

Assalamualaikum blogwalker.

Ehem, Ehem..lamanya tak update belog tercinta, rindu rasanya.
Dah berkurun rasanya haqu menyepi dari sini. Boleh dikatakan berhabuk jugaklah belog ni..hihik

Cuti mid sem kali ni haqu jelajah Johorian.
Alang-alang buat PBS kat sana, jelajah la sekali .Bila lagi kan..HAAAH!! PBS?? apa tu...?
PBS tu sebenarnya pengalaman berasaskan sekolah, ini semua khas untuk cigu-cigu pelatih yang nak ambil, nak cari dan selongkar pengalaman. Pengalaman di sekolah. Memandangkan ni first PBS, haqu putuskan nk buat bersama-sama dengan  2 org teman haqu ni. Al-maklumlah mula-mula PBS kalau sorang segan, nebes, takut, malu semuanya jadi bersatu. Kalau ramai-ramai segala perasaan tu automatik akan berkurangan walaupun cikit. Betul tak?  

Sebelum misi berPBS terlaksana dengan jayanya, destinasi haqu yang pertama adalah ke Kluang, Johor (bandar kelawar katanya) dan tika haqu menaip ni pon aq masih lagi di Kluang.Bagus suasana di sini, sejuk, nyaman. InsyaALLAH untuk second destination dalam dua / tiga hari lagi haqu akan ke pusat bandar JB, di sinilah tempat yang dinanti-nantikan.Tempat haqu berPBS untuk kali pertamanya....nebessssssssss la jugak kan!! kamiey bertiga semuanya kecik-kecik( awal-awal dah ngaku) cikgu yg mempunyai ketinggian yang sama dengan anak murid pasti terjadi di situ. Moral of de story, cigu-cigu ni diwajibkan memakai kasut yang boleh menambahkan ketinggian. 


Apa-apa pun enjoylah BerPBS di negeri orang. Ambil pengalaman!! yaa, ambil pengalaman
Keletihan menaip..insyaALLAH jika ada kelapangan masa, khisah ini akan bersambung dan diulang tanyang di entry yang berikutnya TUNGGU!!

hope enjoy for this entry..=)

Friday, March 1, 2013

BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

Assalamualaikum

Sukanya bila dia ceria
halow2, maaf kerana mengganggu, disini ada satu pengumuman!!!
lorhh..apa yang haqu merapu ni. Sebenarnya aku dah tercalon dalam kategori orang yang terlebih gembira.
Teruja kononnya.. apa-apa sekali pun thanks to PM Malaysia KERANA
untuk kedua kalinya alu dpt baucar buku 1Malaysia sumbangan BB1M.
senyum melebar!! hikhik



mulalah aku menjadi manusia yang punyai angan-angan
semuanya nak dibeli..nak itu nak beli ini.
Lazlaz setelah dimaklumkan..Kegunaan baucar RM250 kali ni adalah seperti berikut:
"RM 200 adalah utk beli buku dan RM50 utk alat tulis "

 Terlepas hajat haqu. Tak sama mcm tahun lepas...tak boleh dah nak beli benda merapu, 
ekspesiali barangan laptop..amekaww!! huhu..baru nak berangan, mintak puji kan?? haha. 
TAPI memang betul la fungsi baucar tu.. Dah namanya pon baucar buku semestinya untuk buku.
DAN SELAMANYA UNTUK BUKU.

HORRREYYYY.....aku kayaaaa!!!!

p/s: Gunalah sumbangan yang diterima sebaik mungkin : )

Tuesday, February 5, 2013

SEGMEN:Kempen Jejak Blogger ,Tambah Follower 2013

ASSALAMUALAIKUM..



JOM BERKEMPEN !!..yihuuu..=)
Korang nampak tak banner yang tertera kat atas tu? 
Nampak tak? Nampak kan? Rugi kalau tak join...hiuhiuuhiuu
Haaaaa..memandangkan cheq baru nak aktif smula dalam dunia berblogging ni..
first cheq nak berterima kasih sangat-sangat kat kawan cheq yang sorang ni..
atas saranan dialah cheq singgah kt BLOG NI:   

http://kakikerja.blogspot.com/2013/02/segmen-kempen-jejak-blogger-tambah.html

Waaaahhh, bagusnya..memang terbaik lah!! Like seribu kali Like..
Taaaaabik springg!!..(jadi askar lar pulak..insyaALLAH kalau ada jawatan kosong..haha)
Tak sia-sia cheq join kt blog penganjur ni...Cheq dah follow..Korang bila lagi?? 
JOM FOLLOW SEKARANG...senang dan sangat mudah, korang just pergi kt link tadi...

Yang ni :  http://kakikerja.blogspot.com/2013/02/segmen-kempen-jejak-blogger-tambah.html 
kemudian korang tekanlah butang FOLLOW...(tahniah dah jadi follower dia..~ngehngehngeh)..
untuk maklumat 
tambahan, korang tengok-tengoklah langkah yang seterusnya..wokeyh?wokeyh?
JANGAN LUPA tau sertai kempen ni..FOLLOW belog Tuan penganjur sekali...hikhik

Yang ni pula siapa punya???  http://kasihalurpoda.blogspot.com/  
sudah gaharu cendana pula..sudah tahu buat-buat tanya pula~ngekkss...haha
jadi korang jangan segan-segan lar nak singgah kat belog cheq ziezie yups!! 


Terima kasih kepada ADMIN =)
*SEGALANYA BERMULA DISINI...
Tadah tangan, rapatkan jari-jemari, hembuslah nafasmu disini*


Antara Bahasa Melayu dengan TESL..!!


Assalamualaikum.=)

Saya budak BM!! Tapi........TESL selalu jeles dgn saya!! MENGAPA? MENGAPA? dan MENGAPA?
Lorl...memang hampeh statement haqu kan? al-maklumlah haqu ni kekadang buang tabiat jugak..haha
Tika Assignment mendatang memang separuh mati haqu tertekan, (tetiba berbahasa pula)aqu kena kaji story morry English eeuuuu.. Ahhhhhh? Story-Morry English? Oh no!! Kaji sastera dalam bahasa Inggeris?? memang pecah lar kepala hotak haqu nanti..Katakan TIDAK kepada assignment..errr!! maklumlah sastera English ni haqu down sikit. Jadi faham-faham je la kan..sadisx2..Jadi mulalah haqu tunggang terbalik di library,mencari cinta yang hakiki..ada kaitan ke? haha..

 



TENGOK!!!
Habis buku haqu kerjakan, kesian-kesian..dan yang jelas haku kelihatan rajin disitu..kahkahkah perasan!!


SECRET RECIPE!!
Untuk mengelakkan kepala hotak haqu ni dari pening-pening, haku pilih lar buku fiksyen yang bertulisan besar dan bulat-bulat. Haaa... nampak tak taktik haku? Punya lar banyak buku yang haqu ambil. Rupa-rupanya ada ayam di sebalik Mee Goreng Mamak,SEDAPNYA. Itulah strategi belajar budak BM bila mengkaji sastera BI..SETUJU? haha


SEGALANYA BERMULA DISINI
dan Tiap satunya memiliki cinta hakiki~Lorhh!!

aPa-aPa hal pon, belasah je yang semampu..wish me luck wokeyh!!
salam ceria ^____^

~Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ni~