Saturday, February 2, 2013

KOLOGEN, HALAL ATAU HARAM?

Assalamualaikum w.b.t

Untuk kelihatan cantik korang mesti tertanya-tanya apakah produk yang sesuai untuk kulit muka. Memang bohong kalau ada yang tak ingin kelihatan cantik dan sempurna. Cuba lihat, kenapa ya kecantikan ini sering dikaitkan dengan kolagen? Kolagen ini Halal atau TIDAK? Dan adakah ia mampu menjadikan impian korang terlaksana? atau menyebabkan korang terseksa dan sengsara?

Sebelum lebih banyak persoalan yang aku tinggalkan (sama seperti di atas).
Mari aku nak kasi cerita tentang kolagen ni.

Kolagen? apa tu? SAYA TAK TAHU.
Kologen ini sebenarnya sejenis protein yang ada pada kulit korang. Kewujudan kologen ni merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam badan dan ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekenyalan kulit dan tisu badan.

Ohhh, apa pula FUNGSI  dan KEGUNAAN KOLAGEN?
Fungsi kologen ni  adalah untuk menghasilkan asid amino iaitu LYISIN, PROLIN, GLYSIN.
Asid ni penting tau untuk membina struktur tisu dan mengawal fungsi sel korang.Tugas asid amino Glisin ni adalah melembapkan kulit. Haaa, fungsi lain Kologen ni ialah melindungi tulang rawan, menampung air dalam tubuh, melancarkan aliran darah dan menghasilkan kualiti rambut serta kuku yang baik.

Wah, bagusnya!!..tapi ada tak KEBAIKAN lain kologen?
Ada.....untuk maklumat korang la kan, selain menjalankan fungsi-fungsinya yang tercatat kat atas tu.Kologen juga mampu memberi tenaga dan membantu pola tidur. Jadi dengan adanya kologen ni, aktiviti tidur korang  tidak akan terganggu, korang mampu mengatur waktu tidur yang seragam KECUALI lah atas sebab-sebab tertentu...hikhikhikk. Lagi satu Kologen ni dapat memulihkan penyakit saraf dengan membina semula (ala-ala baik pulih lar ni) lapisan protein pada saraf.

Ada  ke KESAN SAMPINGAN?
Kesan sampingan tu sememangnya tidak boleh dipisahkan. Tambah-tambah jika ada di antara korang yang sangat sensitif dan alah dengan benda macam ini .Tetapi harus diingat, keadaan ini bergantung juga pada keadaan individu tersebut. Antara kesan sampingan yang mungkin korang akan alami seperti di bawah ni:
  1. sakit/pening-pening kepala
  2. sembelit
  3. cirit-birit
  4. berasa loya dan muntah-muntah
Kat bawah ini ada satu produk kecantikan yang mengandungi KOLOGEN.
berbentuk minuman dan sedap ni

bertemakan RAHSIA MUDA JELITA.


SOY COLLAGEN, KAYA dengan KALSIUM dan VITAMIN C

Gambar sisi :
Belilah BARANGAN BUATAN MALAYSIA..hikhik
SEGALANYA TIADA!!..
tiada pengawet,tiada pewarna tiruan dan tiada perasa tiruan.

Korang nak tahu tak Produk minuman NURBEAUTYLINE SOY COLLAGEN ni adalah Minuman yang difomulasikan daripada kombinasi soya dan kolagen. Kebaikannya adalah boleh melawan garis-garis halus yang timbul, kedut, kulit kusam dan tidak sekata yang berpunca dari umur yang meningkat, stress, pencemaran, terdedah kepada cahaya matahari dan lain-lain faktor yang merosakkan kulit korang.

Harganya pun berpatutan!! 3 Kotak RM 60 kalau time tengah promosi lah.Haaaaa, masa ni wajibul ghunnah la kena beli. Harga sebenarnya dalam lingkungan RM80 ringgit Malaysia. 

Cara penggunaannya pun senang tak payah korang susah-susah bagai nak rak. Just sediakan gelas atau  cawan kemudian masukkan satu peket soya kolagen ke dalam air suam, kacau dan minum je terus untuk dapatkan khasiat maksima soya kolagen yang mengandungi vitamin dan protein.Yang ni kiranya promote kat korang lar. TERSERAH, sesiapa yang suka soya boleh lar amalkan produk ni. JANGAN LUPA PRODUK ni ada KOLOGEN!! dan KOLOGEN yang HALAL adalah dari sumber yang HALAL.

*Keberkesanan produk ini bergantung kepada kekuatan antibodi setiap individu*

#Info#Kolagen#


3 comments:

  1. Replies
    1. a'ah..cedaap-cedap..
      nikmatilah dengan penuh kesyukuran...ehehehe

      Delete
  2. Assalam sy ade beli soy collegan nurbeautyline(yg promosi rm50) dan baru perasan pd cop halal nya tu dia tampal pakai pelekat putih..kenapa ya?

    ReplyDelete